Isu PTPTN. Ini Komen Balas KJ Terhadap Menteri Pendidikan Di Parlimen Buat Ramai WOW

Isu PTPTN. Ini Komen Balas KJ Terhadap Menteri Pendidikan Di Parlimen Buat Ramai WOW

Sidang parlimen semakin hangat. Tentang isu PTPTN yang dibahas oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, ini komen balas mengejutkan KJ yang buat ramai wow. Tak sangka.

Isu PTPTN. Ini Komen Balas KJ Terhadap Menteri Pendidikan Di Parlimen Buat Ramai WOW
Isu PTPTN. Ini Komen Balas KJ Terhadap Menteri Pendidikan Di Parlimen Buat Ramai WOW

JANJI PTPTN HARAPAN AKAN TINGGAL JANJI JIKA…

ARTIKEL MENARIK: Rosmah pelanggan barang kemas sejak dahulu lagi – Peguam


Jawapan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik di Dewan Rakyat berhubung Pinjaman Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) amat mengecewakan, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Anggota parlimen Rembau berkata, ia menunjukkan kemungkinan besar manifesto Pakatan Harapan tidak dapat dilaksanakan, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
“Ini (jawapan menteri) amat penting kerana ramai undi Pakatan Harapan berdasarkan janji PTPTN ini.
“Dan apabila tiada unjuran dengan tanggungan kewangan. Tiada unjuran dengan tempoh masa yang diperlukan seorang siswazah sampai tahap (akan mula bayaran apabila gaji) RM4,000 sebulan.
“Ini menunjukkan bahawa HARAPAN buat janji yang tak difikirkan habis-habisan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Terdahulu dalam sesi soal jawab, Khairy bertanya adakah kerajaan sudah mengkaji unjuran masa untuk seseorang siswazah mencapai gaji RM4,000, yang mewajibkan mereka membayar pinjaman.
Bekas menteri belia dan sukan juga bertanya, sepanjang penangguhan bayaran PTPTN, berapakah jumlah yang harus ditanggung kerajaan bagi membiayai peminjam baru, selain kesan kewangan kepada PTPTN dengan penangguhan bayaran.
Maszlee melalui jawapannya berkata “kajian berterusan akan dijalankan”.
Pada PRU lalu, HARAPAN melalui manifestonya menawarkan penangguhan bayaran balik sehingga mempunyai pendapatan bulanan RM4,000 sebulan.
Janji itu adalah antara 10 perkara yang akan dilakukan HARAPAN dalam tempoh 100 hari jika berjaya memenangi PRU14.
Mengulas lanjut, Khairy berkata walaupun tempoh janji HARAPAN masih berbaki sebulan, namun jawapan Maszlee masih di peringkat kajian justeru beliau melihat ia kemungkinan tidak dapat dilaksanakan.
“Walaupun masih ada lagi sebulan, saya lihat jawapan menteri bahawa perkara ini masih sedang dikaji.
“Dan juga kenyataan daripada pengerusi PTPTN semalam bahawa kajian masih lagi dilaksanakan bahawa kemungkinan besar janji ini tidak dapat dilaksanakan.
“Sebab hari ini menteri pun mungkin tak dapat penjelasan berkenaan yang pertama tanggungan kewangan terhadap kerajaan persekutuan sekiranya janji ini dilaksanakan,” katanya.
Khairy turut berkata sekiranya janji tersebut tidak dapat dilaksanakan, PTPTN terpaksa membuat pinjaman bagi menyediakan dana pemohon baru, sekali gus menambah bebanan kewangan negara.
“Dan ini akan menambah bebanan liabiliti yang dikatakan terlalu besar yang bercanggah dengan polisi kementerian kewangan pada waktu ini,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)


GEMPAR. MALAYSIAKINI DEDAH PENERIMA WANG 1MDB DARI AKAUN NAJIB

Pada 2 Julai lalu, pasukan petugas penyiasat khas mengumumkan bahawa lebih daripada 400 akaun bank dibekukan kerana disyaki menerima dana yang didakwa berasal dari 1MDB yang berjumlah RM1.1 bilion.
Akaun-akaun berkenaan didakwa menerima dana dari akaun bank peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Sebahagian daripada jumlah itu didakwa digunakan untuk kempen BN pada pilihan raya umum 2013.
Malaysiakini dalam laman mikro terkini, meneroka beberapa transaksi berkenaan.
Sejak tahun 2015, laporan antarabangsa telah mendedahkan pelbagai transaksi yang membabitkan akaun bank Najib ketika kerajaan BN ketika itu didakwa cuba menutup siasatan 1MDB.
Laporan antarabangsa mendedahkan sekurang-kurangnya empat akaun bank Najib didakwa menerima dana yang kononnya diselewengkan dari 1MDB dan SRC International.
Pada 2016, ABC News yang berpangkalan di Australia juga melaporkan bagaimana sebahagian daripada wang dari akaun bank Najib dibelanjakan. Ia mendakwa bahawa selain daripada tujuan politik, dana itu juga digunakan untuk percutian dan untuk membeli kereta-kereta mewah serta barangan kemas.
Laman mikro Malaysiakini memberi tumpuan khusus kepada penerima politik yang membabitkan satu daripada akaun-akaun itu.
Melalui akaun ini, dana AS$681 juta telah disalurkan pada tahun 2013. Jumlah ini dirujuk sebagai “RM2.6 bilion” berdasarkan kadar pertukaran apabila deposit itu pertama kali didedahkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal pada tahun 2015.
Najib terus membela dirinya degan mendakwa bahawa wang AS$681 juta itu adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi manakala Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, dalam saman sivil pelucuthakan mendakwa bahawa dana berkenaan berasal dari 1MDB.
Transaksi membabitkan SRC International Sdn Bhd tidak didedahkan dalam laman mikro ini susulan perintah “tutup mulut” oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Najib didakwa menyalahgunakan RM42 juta daripada syarikat milik kerajaan itu. Bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Secara keseluruhannya, sekurang-kurangnya RM470 juta disalurkan ke pelbagai entiti politik melalui 102 transaksi, tidak termasuk bayaran kepada individu, antara April 2012 dan Ogos 2013.
Umno menerima bahagian paling besar, iaitu sebanyak RM417.4 juta atau 88.8 peratus daripada jumlah dana berkenaan. Penerima terbesar seterusnya adalah MIC yang menerima RM20.55 juta dan MCA pula mendapat RM16.5 juta.
Wang tersebut diedarkan kepada pelbagai bahagian, sayap dan juga sebuah perpustakaan parti.
Dari segi negeri, entiti politik di Selangor adalah benefisiari terbesar dengan jumlah RM60.25 juta diikuti oleh negeri Najib iaitu Pahang dengan RM37.73 juta.
Negeri-negeri lain adalah Perak (RM25.2 juta), Johor (RM27.2 juta) dan Kedah (RM15.8 juta).
Walau bagaimanapun, sebahagian besar dana itu disalurkan ke entiti politik di peringkat persekutuan dengan jumlah RM275.5 juta. (Sumber: Malaysiakini)
Kredit : khalifahmailonline
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post