Amboi amboi amboi. Bukan main pembangkang sekarang. Dalam isu kasut yang viral, ini kenyataan mengejutkan Mat Hassan terhadap Dr Maszlee buat rakyat berang. Tak sangka.
Isu Kasut. Kenyataan BERANI Mat Hassan Terhadap Dr Maszlee Ni Buat Rakyat Berang |
KERAJAAN HARAPAN UBAH DASAR PELAJARAN DENGAN “KAKI”
ARTIKEL MENARIK: Parlimen Gamat Lagi. Pertanyaan Berani KJ Ni Buat Ramai MP Kerajaan PH Terdiam
Pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan turut menjadi bahan kempen BN pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, malam tadi.
Pengarah PRK Sungai Kandis Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sehingga hari ini, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) masih tidak tahu apa yang mahu dilakukan.
“Saya ingat Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengubah dasar pelajaran melalui kepala, tetapi melalui kaki. Entah apa yang dia congak.
“Orang Negeri Sembilan kata entah apa sifirnya.
“Apa sifir beliau pakai untuk dasar pelajaran negara bermula dengan kasut hitam. Itu tak ada kerja namanya,” katanya.
Mohamad berkata demikian ketika berucap pada majlis pengenalan calon bagi PRK DUN Sungai Kandis di Kampung Sungai Kandis, Shah Alam malam tadi.
Sementara itu, Mohamad Hasan yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan menyindir kerajaan HARAPAN yang mendakwa berjaya menurunkan harga banyak barang.
“Betullah tomato turun, dan ada satu lagi (harga barang) turun iaitu durian musang king kerana sudah tidak laku berikutan tidak dibenarkan masuk ke China lagi,” katanya.
Dalam perkembangan lain, naib presiden Umno itu berkata jika kerajaan HARAPAN tidak mengambil langkah agresif memacu ekonomi negara, maka ia akan berdepan masalah.
“Dulu, sekampit simen berharga RM15 dan hari ini RM9.50 dan ia bukan disebabkan (pemansuhan) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), tetapi industri perumahan sedang menghadapi masalah kerana tiada lagi pemaju mahu meluluskan pembangunan di kawasan masing-masing,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, pihaknya akan memanggil ketua bahagian, pemuda wanita dan Puteri Umno untuk sesi pemukiman pada 11 Ogos ini.
“Selain itu, Presiden Umno (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) akan membentangkan hala tuju parti untuk kita meneruskan apa yang boleh lakukan dan cara terbaik memperkasakan parti,” katanya.
Mohamad turut mendedahkan bahawa BN tewas banyak kerusi pada PRU ke-14 disebabkan oleh pergeseran dalaman dan bukannya pihak lawan cerdik atau terlalu kuat. (Sumber: Malaysiakini)
Respons Netizen Pula:
1.Mazlee spoken 99% education reforms and 1% on black shoes. And now people discussion 99% on black shoes and only 1% on education. Clearly, Tun Mahathir is right. There is lots of uneducated people in Malaysia.
2.Kaki tak kaki, korg harus akur dgn pilihan rakyat & terimalah kenyataan bahawa rakyat dah lama menyampah dgn umnobn! Kalau korg baik sangat, korg msh berkuasa sehingga kini. Lain kali, bagi la statement yg lbh bijak, boleh tak? PH perlukan pembangkang yg baik. Kaki tu kan sinonim sangat dgn MB Pahang dulu, si adnan mangkok hayun angkat kaki atas meja…hahaha
3.PH akan kalah teruk, Umno BN dan Pas telah berjaya mendedahkan keburukan PH..ayuh kita hancurkan PH.
4.Ooo baru tau durian Malaysia jual ke negara china selama ni. Patut ler harga durian mahal sebelum ni sampai orang malaysia kurang mampu untuk membeli dan makan banyak. Hehe…. Tp sekarang Alhamdulillah… Boleh repeat 2 3 kali makan doyan tok mat…
SELEPAS PRU14, BN UMPAMA KAIN PUTIH
Pimpinan dan anggota BN diingatkan agar sedar diri berikutan parti itu bukan lagi kerajaan.
Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sehubungan itu kepimpinan dan anggota parti tidak perlu menjelaskan sebarang isu kepada rakyat kerana ia telah menjadi tanggungjawab kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelesaikannya.
“Apa sahaja isu yang timbul seperti kos sara hidup Felda, GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan 1MDB biarlah kerajaan hari ini yang jawab.
“Kita ini ibarat kain putih, tiada isu lagi… kita sudah kalah, buatlah cara kalah dengan pandai membawa diri dan tidak menjadi cemuhan orang,” katanya ketika berucap pada majlis pengenalan calon BN untuk pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis di Shah Alam malam tadi.
Turut hadir Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan calon BN untuk PRK itu Datuk Lokman Noor Adam.
Dalam pada itu, Mohamad yang juga pengarah PRK tersebut menasihatkan seluruh jentera parti agar bekerja lebih keras dan terus bersama-sama berganding bahu bagi memenangi pilihan raya berkenaan.
Sementara itu, Annuar berkata BN tetap dengan pendirian untuk meletakkan calon parti itu bertanding pada PRK dewan undangan negeri Balakong akan datang.
Kerusi Balakong kosong susulan kematian penyandangnya Ng Tien Chee dari DAP dalam satu kemalangan Khamis lepas. (Sumber: Malaysiakini)
KREDIT : khalifahmailonline
Post a Comment