Ini Kenyataan Bakal PM Pakistan Yang Baru Menang Pilihanraya Buat Tun Mahathir Yang Ramai Tak Caya

Ini Kenyataan Bakal PM Pakistan Yang Baru Menang Pilihanraya Buat Tun Mahathir Yang Ramai Tak Caya

Siapa sangka dalam ucapan kemenangan Imran Khan, yang bakal jadi PM Pakistan, dia ada beri kenyataan mengejutkan tentang Tun Mahathir. Ramai tak caya.

Ini Kenyataan Bakal PM Pakistan Yang Baru Menang Pilihanraya Buat Tun Mahathir Yang Ramai Tak Caya
Ini Kenyataan Bakal PM Pakistan Yang Baru Menang Pilihanraya Buat Tun Mahathir Yang Ramai Tak Caya

TUN MAHATHIR ADALAH IDOLA BAKAL PM PAKISTAN

ARTIKEL MENARIK: Mengapa Pakistan dan Bangladesh Saling Membenci Antara Satu Sama Lain?


Imran Khan mengumumkan kemenangan dalam pilihan raya umum negara itu.
“Tuhan berikan saya peluang untuk berkuasa bagi melaksanakan ideologi yang telah saya mulakan sejak 20 tahun lalu,” Khan, 65 dipetik Reuters berkata pada siaran langsung televisyen dari rumahnya di Islamabad semalam.
Kejayaan beliau dalam pilihan raya Rabu lalu menyaksikan kebangkitan aktivis anti rasuah itu yang dulu berada di pinggiran politik Pakistan dan kini semakin hampir menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun, penyokong bekas perdana menteri yang dipenjara Nawaz Sharif mendakwa Khan berpakat dengan tentera dan berkata berlaku penipuan dalam pilihan raya itu, lapor Reuters.
Dalam beberapa ucapannya sebelum ini, Imran menggambarkan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai suri teladannya.


Kepimpinan Bersih
Dalam suatu wawancara, Imran mengambil contoh Dr Mahathir dalam menekankan perlunya kepimpinan yang bersih bagi menghapuskan sistem politik yang dipenuhi rasuah.
“Ini adalah sebab kenapa saya memberikan contoh Dr Mahathir Mohamad, yang mengubah Malaysia dengan kelas politik yang sama dengan memberikan mereka kepimpinan yang bersih,” katanya dalam laporan itu.
Selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 Mei lalu, Imran melalui Twitter mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir meskipun terdapat percubaan “memanipulasi” pilihan raya oleh pentadbiran yang diterajui Datuk Seri Najib Razak.
Imran juga menyifatkan kepulangan Dr Mahathir ke pentas politik adalah bagi melawan “rasuah” yang disebabkan oleh Najib. (Sumber: Malaysiakini)


KREDIT : khalifahmailonline

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post