Ramai gembira bila Jamal ditangkap dan ingatkan terus dibawa balik, tapi rupanya ini tindakan Polis Indonesia. Tak sangka.
Ingatkan Jamal Terus Dibawa Balik Malaysia. Tetapi Rupanya Ini Tindakan Polis Indonesia. |
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, yang ditahan petang semalam, kini masih disiasat Polis Indonesia (POLRI) di Jakarta, Indonesia, sebelum proses ekstradisi dijalankan.
Pada masa ini, proses siasatan lanjut terhadap Jamal sedang dilakukan Unit Biro Pusat Nasional (NCB), Polis Antarabangsa Indonesia (INTERPOL) di pejabat Sekretariat NCB, Jalan Trunojoyo, Jakarta Selatan, Jakarta.
ARTIKEL MENARIK: Najib Ditangkap. Ini Tindakan CEPAT Wanita UMNO Buat Ramai Tak Sangka
Difahamkan, pada masa ini, pihak Interpol Indonesia sedang mendapatkan butiran lanjut daripada Jamal yang ditahan petang kelmarin di Tebet, Jakarta Selatan, berhubung cara kemasukannya ke Indonesia dari Malaysia dan lokasi dia menyembunyikan diri.
Selain itu, pihak Interpol Indonesia juga sedang mengenal pasti individu terbabit bersekongkol melindungi Jamal sepanjang dia berada di negara jiran berkenaan.
Pada masa sama, POLRI juga sedang berhubung rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menguruskan proses penghantaran Jamal kembali ke negara ini.
Sementara itu, sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, pada masa ini, pihak Jabatan Siasatan Jenayah sedang menguruskan segala proses diperlukan dalam usaha membawa pulang Jamal ke negara ini.
“Kita perlu memahami proses dan prosedur undang-undang negara Indonesia dan sedang bekerjasama mengikut saluran bertepatan untuk membawa Jamal kembali ke Malaysia.
“Justeru, kita akan menunggu sehingga POLRI selesai menjalankan siasatan sebelum tindakan selanjutnya dilakukan,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Katanya, PDRM memuji tindakan pantas perisikan dijalankan POLRI yang dikategorikan sebagai amat profesional dalam mengesan dan menahan Jamal.
Beliau berkata, pada masa ini, PDRM terutamanya Polis Kontinjen Selangor, sedang mengemaskini semua kertas siasatan terhadap kesalahan dilakukan Jamal sebelum dia dihadapkan ke muka pengadilan sekembalinya ke Malaysia.
Jamal diberkas sekitar jam 6.15 petang waktu Malaysia di depan sebuah kedai gunting rambut di Tebet oleh sepasukan POLRI dengan kerjasama PDRM.
Dia dipercayai menghilangkan diri ketika dalam tahanan polis semasa menjalani rawatan di sebuah hospital di Ampang, di sini, pada Mei lalu.
Selepas itu, Jamal kerap muncul dengan beberapa klip video termasuk di ladang kelapa sawit dipercayai di Indonesia. (Sumber: Berita Harian)
“SULTAN MELAKA” BEBAS DARI TUDUHAN MENIPU
Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini melepaskan dan membebaskan seorang ahli perniagaan, Noor Jan Tuah, 61, daripada empat pertuduhan menipu dengan menyamar sebagai ‘Sultan Melaka’ lima tahun lalu.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ahli perniagaan berkenaan.
“Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada semua empat pertuduhan,” kata Meor Sulaiman pada akhir prosiding itu.
Noor Jan dari Taman Seri Gombak, Selangor didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai Sultan Melaka, iaitu bukan identiti sebenarnya.
Semua empat tuduhan didakwa dilakukan tertuduh di sebuah pusat peranginan di Alor Gajah, kira-kira jam 10 malam, pada 28 Disember 2013.
Noor Jan ditahan polis pada Januari 2014 ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar untuk satu upacara yang didakwanya sambutan Maulidur Rasul.
Sejak dibicarakan pada 17 November lalu, seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil bagi memberi keterangan di mahkamah.
Pendakwaan diwakili Pengarah Pendakwaan Negeri, Azhar Mokhtar dan Timbalan Pendakwa Raya Mazuin Hashim, manakala Noor Jan diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali dan Mohd Khairul Abdul Aziz. (Sumber: Berita Harian)
Kredit : khalifahmailonline
Post a Comment