Insiden Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin pengsan pada perhimpunan bulanan Perdana Menteri bersama warga JPM di Perdana Putra, JPM, semalam menarik perhatian ramai sehingga ada yang berprasangka negatif terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
‘Hilangnya Nilai Kasih Sayang’?! Ada Persoal Nilai Kasih Sayang Tun M, Seorang Jururawat Tampil Bagi Penjelasan Berdepan Situasi Kecemasan |
Jelasnya, situasi ketika itu sudah mencukupi apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama pasukan penyelamat datang membantu mangsa.
ARTIKEL MENARIK: Segeralah Bertaubat Tan Sri - Imam Besar Terengganu
“Majlis tak stop pun crowd dah ramai keliling tu. Kalau stop? Saya seorang jururawat. Sememangnya kalau ada kes macam ni, perkara paling asas kami mahukan adalah ruang dan jangan ganggu kerja kami.
“Bayangkan kalau event dihentikan, ramai yang akan kerumun, belum lagi mata2 manusia memerhati bersama kamera fon di tangan, semua ni adalah distractions besar dalam tugasan kami memberi bantuan kecemasan awal,” katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook, Neysah Pozzie, hari ini.
Ujarnya, dia menghormati tindakan Tun M yang juga seorang doktor apabila bertindak meneruskan acara tersebut.
“Mahathir seorang doktor, dia jelas akan perkara ini, maka saya salute apabila dia sambung event supaya boleh mengalih-arah fokus orang ramai daripada kejadian tersebut. 2 minit stop ucapan dah cukup untuk alert kan pasukan paramedik supaya respon kepada kejadian.
“Kami tak mahu 10 orang mengelilingi kami. Kami hanya mahukan kawasan lapang untuk bekerja. Plus, yang mana cakap kenapa tak angkat letak atas pentas, unless anda adalah paramedik, please jangan pandai2 alihkan mangsa dari tempat kejadian.
“Berhenti komentar terhadap sesuatu yang bukan bidang anda kerana ianya hanya menampakkan betapa dangkalnya mentaliti serta kelemahan anda,” katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Twitter @501Awani
Sumber : Gempak
Post a Comment