Ellie Suriaty Hargai Jasa Najib, Terpulanglah Apa Orang Nak Kata

Ellie Suriaty Hargai Jasa Najib, Terpulanglah Apa Orang Nak Kata

PETALING JAYA: Pelakon Ellie Suriaty menegaskan dia juga seperti rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk memilih parti politik selain bebas menyokong mana-mana pemimpin.

Ellie Suriaty Hargai Jasa Najib, Terpulanglah Apa Orang Nak Kata
Ellie Suriaty Hargai Jasa Najib, Terpulanglah Apa Orang Nak Kata 
Ellie, 48, berkata dia tidak kisah dengan tanggapan netizen mengenai sokongannya terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini berhadapan dengan tuduhan salah guna kuasa dan pecah amanah.

"Kita berada dalam negara demokrasi. Saya berhak untuk memilih parti politik dan berhak untuk menyuarakan pandangan.

"Kalau netizen nak cakap negatif, itu pandangan mereka. Terpulang kepada mereka dan saya tak boleh nak kata apa.

ARTIKEL MENARIK: Ellie Tumpah Air Mata Di Mahkamah, Mahu Najib Jadi PM Lagi


"Saya anak seni dan kerjaya saya tak terikat dengan kerajaan. Malah, saya juga terima diri sebagai pembangkang," kata Ellie ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

1.jpg

Ellie ketika berada di pekarangan Mahkamah.


Ellie yang hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta dekat sini sebagai tanda sokongan terhada Najib diberi amaran oleh pihak polis selepas mencetuskan provokasi bersama penyokong lain sehingga menyebabkan keadaan di mahkamah bertukar kecoh.


Kata Ellie, kehadirannya itu kerana menghargai kepimpinan bekas perdana menteri berkenaan terhadap negara selama ini.

"Saya datang untuk beri sokongan moral kepada perdana menteri keenam yang pernah mentadbir negara.

"Supaya beliau tahu yang masih ada ramai lagi rakyat Malaysia menghargai kepimpinan dia," ujarnya.

2.JPG

Ellie mahu memberi sokongan kepada bekas perdana menteri.

Dalam pada itu, Ellie menganggap penahanan Najib pada Selasa adalah tidak beretika dan berharap bekas pemimpin itu akan dibicarakan secara adil.

"Bagi saya, cara penahanan itu tidak beretika dan tidak berhormat. Beliau pernah menjadi pemimpin yang mentadbir negara.

"Tak adil untuk dilayan sebegitu. Malah, dituduh dan difitnah dengan perkara yang dah terang-terangan salah. Saya berharap beliau akan dibicara secara adil," katanya.

Sebelum itu, Ellie bersama hampir 50 orang penyokong Najib setia menunggu di luar mahkamah menantikan proses pendakwaan dijalankan.

Isteri kepada pelakon Azri Iskandar ini antara selebriti yang menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib.


Sumber: Mstar Online 

Sumber : Wartawan FB

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post