PETALING JAYA: Tanda tanya 'kehilangan' pembantu peribadi kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman sejak akhir-akhir ini terjawab apabila lelaki itu mendedahkan keadaan sebenar yang menimpa dirinya.
Dulu Digosip Bercinta, Kini Vida Pecat Pa Serta Merta |
"Saya dipecat serta-merta oleh Dato Seri Vida. Sebagaimana tertulis, saya ditugaskan jawatan sebagai setiausaha sulit/ PA (pembantu peribadi), pegawai media dan pegawai pemasaran.
"Sebelum ini Dato Seri Vida menyatakan bahawa saya tidak lagi bekerja sebagai setiausaha sulit/ PA. Sejujurnya, saya bukan ditukar tetapi ditambah jawatan," katanya kepada mStar Online sambil menyertakan sekali surat pemecatan tersebut.
ARTIKEL MENARIK: “…Nak Satu Kampung Tahu Pasal Masalah Kau. Bodoh,” – Remy Ishak Buat Laporan Polis Terhadap Siapa?
Melalui surat tersebut, Ahmad Iqbal gagal mengikuti skop kerja yang telah diberikan kepadanya sepanjang berkhidmat di Wisma Vida Beauty Sdn. Bhd.
Bagaimanapun, pemuda berusia 24 tahun itu mendakwa sejak menerima tugasan baharu tersebut, kerjanya bertambah banyak.
Surat pemecatan yang diserahkan kepada Ahmad Iqbal.
Tambahnya, tindakan mendedahkan hal sebenar dilakukan kerana berasa berhak mengetahui punca pemecatan itu dibuat.
"Saya patut umumkan hal yang benar, saya dipecat serta-merta tanpa ada khabar pun bahawa saya akan dipecat.
"Saya lebih senang untuk jujur. Namun, alasan dan sebab yang dinyatakan tidak munasabah," ujarnya.
Ahmad Iqbal turut memaklumkan bahawa dia tidak akan berurusan atau bekerja dengan usahawan yang juga seorang penyanyi itu.
Namun, pemuda terbabit berjanji akan 'menyimpan rahsia sebagai rahsia', tanpa menjelaskan lebih lanjut tentang maksud sebenar kenyataan itu.
Dakwa Ahmad Iqbal, dia turut diminta memulangkan segala barangan yang diberikan kepadanya termasuk sembilan suit pakaian berlainan warna yang disediakan oleh pihak syarikat.
Sumber: Mstar Online
Sumber : WebSemasa
Post a Comment