'Bini orang juga kau nak rembat' - Akibat gilakan isteri orang, lelaki parah dibelasah orang kampung

'Bini orang juga kau nak rembat' - Akibat gilakan isteri orang, lelaki parah dibelasah orang kampung

Padah gilakan isteri orang, seorang lelaki berusia 35 tahun parah dibelasah 15 lelaki di Kampung Kuala Bekah, Telok Ayer Tawar, jam 9 pagi semalam, lapor Berita Harian.

'Bini orang juga kau nak rembat' - Akibat gilakan isteri orang, lelaki parah dibelasah orang kampung
'Bini orang juga kau nak rembat' - Akibat gilakan isteri orang, lelaki parah dibelasah orang kampung

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki terbabit sudah tujuh tahun mengenali wanita berusia 31 tahun itu yang sudah berumah tangga dan seringkali mengganggunya walaupun tidak dilayan.

Pada hari kejadian, lelaki terbabit telah datang ke rumah wanita berkenaan di Jalan Padang Benggali Telok Ayer Tawar sebelum memanggilnya keluar rumah. Namun wanita berkenaan enggan keluar menyebabkan lelaki itu bertindak masuk dan menariknya keluar dari rumah.

ARTIKEL MENARIK: Kanak-kanak OKU Diberi Dadah Sebelum Diperkosa 17 Lelaki Selama 7 Bulan


"Wanita berkenaan menolak permintaan lelaki itu. Namun lelaki itu berkeras, malah memegang satu objek dan menunjukkan ke arahnya.

"Susulan itu, wanita berkenaan menjerit dan menarik perhatian ahli Rukun Tetangga berdekatan menyebabkan mangsa melarikan diri ke sebuah rumah di Kampung Kuala Bekah," katanya.

Rumah lelaki itu kemudian dikepung sekumpulan lelaki sebelum dia menghubungi kakaknya dan memaklumkan perkara itu.

"Sebaik kakaknya tiba di lokasi kejadian, orang ramai sudah berada di luar dan ketika masuk ke rumah, dia mendapati keadaan berselerak dan adiknya duduk sambil memegang kepala yang sakit kerana terkena objek keras.

"Sejurus itu, kakak lelaki berkenaan cuba meleraikan keadaan tetapi gagal sebelum seramai 10 hingga 15 orang menyerbu masuk ke rumah dan memukul adiknya itu," katanya.


Beliau berkata, lelaki itu mendakwa dia telah ditumbuk, diterajang dan dipukul dengan topi keledar oleh wanita itu sendiri termasuk suaminya, bapa kandung dan adik lelakinya.

Berdasarkan keterangan daripada anggota polis yang berada di lokasi kejadian, lelaki terbabit ketika kejadian memegang pisau dan enggan menyelesaikan isu itu ketika didatangi keluarga wanita berkenaan.

Ekoran dari kejadian itu, lelaki terbabit mengalami luka di kepala, lebam di kedua-dua tangan, bahagian belakang dan pinggang dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Polis menahan wanita berkenaan, termasuk dengan bapa, suami dan adik lelakinya berusia 29 hingga 59 tahun pada jam 2.05 pagi semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Kredit : The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post