Wartawan berjaya menemuramah beberapa jiran pengasuh, yang mengakibatkan kematian bayi Adam. Dan ini pendedahan mereka tentang pengasuh yang ramai lagi tak tahu.
Bila Ditanya Wartawan, Jiran Dedah Perangai SEBENAR Pengasuh Yang Buat Ramai TAK TAHU |
ARTIKEL MENARIK: Disorok Dalam Peti Ais. Ini Sajak Tulisan Taufiq Razif Buat Ramai SAYU.
PENGASUH MUNGKIN PANIK DAN SOROKKAN BAYI
“Suspek tak menunjukkan perlakuan pelik dan menjaga anak angkat yang merupakan OKU dalam keadaan baik,” kongsi seorang jiran kepada pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, 5 bulan.
Bayi tersebut ditemui mati dalam peti sejuk rumah pengasuh itu kira-kira jam 11 malam tadi di Jalan Nakhoda Kiri Tiga selepas beberapa jam penularan kehilangannya di laman sosial facebook.
Lelaki 40-an itu berkata, pengasuh dan seorang lagi rakan perempuannya telah menyewa di rumah ibu mertuanya sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, dia tidak melihat kes tersebut sebagai unsur dera sebaliknya mungkin kemalangan atau tersedak susu.
“Dia sanggup ambil anak angkat OKU untuk dijaga sejak kecil sampai umurnya lima tahun sekarang, mestinya dia ada perasaan belas.
“Mungkin dia panik jadi dia sembunyikan kematian bayi itu.
“Kalau nak kata hal dera tu mustahil juga sebab tak pernah dengar cerita tak baik mengenai suspek, nak dengar anak OKU tu menjerit pun tak pernah,” katanya.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh Tseow Suan tiba di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur untuk bertemu keluarga Adam Rayqal Mohd Sufi, sebentar tadi.
Tambahnya, rata-rata jiran mempercayai kejadian bayi tersebut dilarikan susulan terdapat beberapa kes pecah rumah kebelakangan ini.
“Mak mentua saya agak terkilan dengan kejadian ini kerana pengasuh tersebut sepatutnya memaklumkan kejadian kepadanya atau menghantar bayi tersebut ke hospital bukan menyembunyikannya.
“Difahamkan bayi tersebut baru dijaga pengasuh seminggu lalu. Sebelum ini pengasuh itu tidak bekerja hanya rakannya yang bekerja ” katanya.
Seorang lagi jiran mahu dikenali Zulkifl, 56 berkata, dia menyangkakan orang ramai yang memenuhi rumah itu semalam untuk datang berhari raya.
“Ingatkan orang penuh sebab ada apa-apa majlis rupanya ada kes sampai satu Malaysia kena tipu ingat bayi diculik tapi kematiannya disorokkan.
“Walaupun duduk berjiran tapi kami tak rapat dan mereka hanya membuat hal sendiri mungkin disebabkan orang menyewa jadi tak bercampur masyarakat,”katanya. (Sumber: Sinar Harian)
PENGASUH KENA ADA LESEN YANG SAH
Susulan kematian Adam Rayqal Bin Mohd Sufi berusia lima bulan, Ketua Wanita Pakatan Harapan, Zuraida Kamaruddin mengesyorkan supaya setiap penjaga kanak-kanak diberikan latihan mencukupi dan memudahkan proses mendapatkan lesen operasi yang sah.
Katanya, ia bertujuan untuk membolehkan pemantauan dilakukan dengan lebih berkesan.
Menurutnya, isu penjagaan kanak-kanak di negara ini perlu diberikan perhatian terus dan kerjasama antara pihak berkuasa, pusat jagaan kanak-kanak dan ibu bapa perlu ditingkatkan demi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
“Terdapat dua topik yang dinyatakan di dalam aspirasi Wanita Harapan melalui Agenda Wanita Malaysia (AWM) bagi mempertingkatkan keupayaan dan keberkesanan para penjaga (caretaker) sama ada untuk warga emas atau kanak-kanak di Malaysia.
“Terdapat keperluan tinggi bagi mewujudkan satu sistem sokongan untuk keluarga muda atau ibu-ibu muda supaya ia dapat memberikan jaminan bahawa anak-anak mereka akan selamat di pusat-pusat jagaan seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, bayi lelaki berusia lima bulan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki menyamar sebagai bapanya, ditemui mati di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves
Mayat mangsa ditemui dalam bahagian atas peti ais dua pintu di rumah pengasuh tersebut kira-kira jam 11 malam semalam.
Mengulas perkara tersebut, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan melahirkan rasa sedih dengan kematian bayi berkenaan yang pada awalnya didakwa diculik tetapi ditemui dalam sebuah peti sejuk di rumah penjaganya.
“Saya maklum bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan atas punca kematian bayi tersebut,” katanya. (Sumber: Sinar Harian)
Kredit : khalifahmailonline
Post a Comment