Azmin Kata Najib Lebih Baik Jadi Ketua Pembangkang. Ini Jawapan Balas Bekas PM Buat Ramai GELAK

Azmin Kata Najib Lebih Baik Jadi Ketua Pembangkang. Ini Jawapan Balas Bekas PM Buat Ramai GELAK

Azmin bagi kenyataan yang Najib lebih baik dan layak jadi Ketua Pembangkang berbanding Zahid. Mengejutkan, ini jawapan balas bekas PM tersebut. Tak sangka.

Azmin Kata Najib Lebih Baik Jadi Ketua Pembangkang. Ini Jawapan Balas Bekas PM Buat Ramai GELAK
Azmin Kata Najib Lebih Baik Jadi Ketua Pembangkang. Ini Jawapan Balas Bekas PM Buat Ramai GELAK

NAJIB – KENYATAAN AZMIN TU SATU PROVOKASI POLITIK YANG NAKAL

ARTIKEL MENARIK: Dihentam Teruk Pembangkang Isu Belia. Ini Jawapan Balas Syed Saddiq Buat Semua Tergamam


Datuk Seri Najib Razak menganggap kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali yang mendakwa bekas perdana menteri itu lebih layak menjadi ketua pembangkang berbanding Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai satu provokasi politik yang nakal.
“Saya ucap terima kasih kepada Zahid kerana beri saya ruang untuk tanya soalan HSR (projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura) walaupun soalan asal datang dari beliau semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi tadi.
“Azmin dalam jawapan balas kata saya layak jadi ketua pembangkang apabila Zahid beri ruang tersebut. Pada saya, kenyataan Azmin adalah hanya satu provokasi politik yang nakal.
“Pembangkang dah putus dan terima Zahid sebagai ketua pembangkang dan saya menyokong keputusan tersebut,” katanya dalam satu catatan di Facebook.
Najib mengulas sindiran Azmin pada sidang Dewan Rakyat hari ini yang mengatakan dirinya lebih layak mengetuai pembangkang.
“Saya kira Pekan lagi layak jadi ketua pembangkang,” usiknya semasa sesi soal jawab.
Azmin berkata demikian selepas Zahid membenarkan Najib, bertanya soalan tambahan bagi pihaknya berkaitan projek HSR.
Situasi itu jarang berlaku dalam sidang Dewan Rakyat. Sebelum itu, Dewan mengumumkan Zahid sebagai ketua pembangkang.
Susulan kekalahan teruk BN pada pilihan raya umum ke-14, Najib meletakkan jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN. (Sumber: Malaysiakini)


PARLIMEN JAWAB ISU DAGING RM2000 PER KG YANG VIRAL

Dakwaan sajian mewah ketika majlis perasmian Dewan Rakyat hanyalah salah faham, malah nilai hidangan berasaskan daging itu juga tidak mencecah harga RM2,000 sekilogram seperti yang tular di media sosial.
Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed menjelaskan hal itu dalam kenyataan kepada mStar Online.
Hidangan tersebut sebenarnya tidak ditempah pengurusan Parlimen, maklum Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed dalam kenyataan kepada mStar Online.
Menurut beliau, hidangan itu merupakan menu tambahan yang disediakan pihak penyaji makanan bagi meraikan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
“Untuk makluman, Parlimen tidak pernah berbelanja mewah bagi tujuan tersebut. Perbelanjaan adalah mengikut tatacara kewangan yang telah ditetapkan.
“Sebagai maklumat tambahan, kadar kelayakan bagi majlis tersebut adalah RM120 untuk seorang tetamu.
“Namun Parlimen hanya meluluskan kadar RM50 untuk seorang bagi tujuan tersebut yang mana jumlah keseluruhan RM400 untuk kos hidangan meja utama seramai lapan tetamu,” katanya, petik mStar Online.
Bukan Sajian Untuk Semua Jemputan
Tengku Nasaruddin dipetik berkata menu tersebut juga hanya disediakan di meja makan utama untuk lapan tetamu dan bukan disajikan kepada semua jemputan.
“Adalah menjadi keutamaan dan amalan pentadbiran Parlimen untuk memastikan bahawa tatacara perolehan sentiasa dipatuhi sepenuhnya tanpa kompromi dalam semua perolehan yang dilaksanakan,” katanya yang kesal dengan penyebaran isu sajian mewah itu kerana maklumat yang disampaikan tidak tepat.
“Sehubungan itu, Parlimen berharap isu ini tidak berpanjangan demi menjaga imej dan identiti Parlimen sebagai badan perundangan tertinggi negara,” katanya lagi.
Pada malam Selasa, tersebar sekeping gambar menu sajian mewah berasaskan daging lembu Wagyu yang didakwa sebagai hidangan semasa jamuan tengah hari di Parlimen menjadi tular di Twitter.
Sajian berkenaan mendapat perhatian kerana harganya yang dikatakan mencecah antara RM1,500 hingga RM2,000 sekilogram bagi gred B. (Sumber: Malaysiakini)
Kredit : khalifahmailonline
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post