Akaun Najib Tidak Lagi Dibeku. Ini Jawapan Balas SPRM Yang Ditunggu Ramai.

Akaun Najib Tidak Lagi Dibeku. Ini Jawapan Balas SPRM Yang Ditunggu Ramai.

Baru ni viral ada sumber kata akaun Najib tidak lagi dibeku oleh SPRM. Lepas lama berdiam diri, ini jawapan balas SPRM yang ditunggu ramai. Tak sangka.


Akaun Najib Tidak Lagi Dibeku. Ini Jawapan Balas SPRM Yang Ditunggu Ramai.
Akaun Najib Tidak Lagi Dibeku. Ini Jawapan Balas SPRM Yang Ditunggu Ramai.

SPRM – SIASATAN AKAUN BERKENAAN TELAH SELESAI

ARTIKEL MENARIK: Annuar Tiba-Tiba Membantah TAK SETUJU Dengan Zahid Di Parlimen. Ini Puncanya.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menjelaskan pelepasan pembekuan akaun bank milik bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kerana ia tiada kaitan dengan siasatan SRC International Sdn Bhd (SRC International) dan juga 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Tindakan melepaskan pembekuan akaun tersebut bukan dilakukan atas desakan mana-mana pihak tetapi disebabkan siasatan terhadap akaun itu telah selesai dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.
Semalam, media melaporkan bahawa akaun bank peribadi milik bekas perdana menteri Najib tidak lagi dibekukan, sejak Isnin.
Sementara itu, SPRM berkata akaun-akaun bank lain milik Najib yang didakwa terlibat dengan SRC International dan 1MDB tidak dibekukan kerana akaun-akaun tersebut telah ditutup sebelum siasatan bermula pada Julai 2015.
“Ini bermakna, pembekuan akaun bank Najib berkaitan isu SRC International dan dana RM2.6 bilion ketika itu tidak dapat dilakukan kerana akaun berkenaan telah ditutup lebih awal sebelum siasatan dimulakan,” kata SPRM.
Sementara itu, SPRM menegaskan siasatan berhubung dana RM2.6 bilion masih diteruskan.
Pada 2 Julai lepas, pasukan petugas khas 1MDB telah membekukan 408 akaun bank milik individu, parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melibatkan dana RM1.1 bilion pada 26 dan 29 Jun 2018 lalu.
Akaun yang dibekukan turut membabitkan 81 individu dan 55 syarikat yang dipercayai pernah menerima dana daripada 1MDB.
Sementara itu, SPRM menjelaskan isu pembekuan dan pelepasan akaun bank Najib berikutan terdapat beberapa kekeliruan fakta yang dilaporkan oleh segelintir pihak menerusi media.
Berhubung dakwaan bahawa suruhanjaya ini mengadakan publisiti besar-besaran mengenai pembekuan akaun Najib dan menyepi apabila pembekuan akaun ditarik balik, SPRM menegaskan bahawa isu tersebut tidak timbul kerana suruhanjaya ini tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkaitan pembekuan akaun.
“SPRM juga hanya mengesahkan pelepasan akaun tersebut apabila persoalan itu ditimbulkan oleh pihak media,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)


BN MAAFKAN MENTERI PERTANIAN SALAH BAGI FAKTA

BN memaafkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub yang mengakui khilaf mendakwa harga barangan makanan turun di antara 30 ke 50 peratus disebabkan kadar sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Pengerusinya dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Kita maafkan orang yang duduk di kerusi baru, untuk membuat kesilapan, selepas 100 hari kalau buat kesilapan lain, kita lakukan apa yang patut, sekarang kita maafkan walaupun itu memang kelemahan,” katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang bertanya kepada ketua pembangkang bagaimana cara menteri AMANAH itu merumuskan harga barangan makanan, khususnya harga buah-buahan dan sayuran yang turun di antara 30 ke 50 peratus selepas kadar GST sifar dikenakan.
“Sedangkan kita tahu (buah dan sayur) tak pernah dikenakan GST.
“Di mana logiknya seorang menteri boleh buat andaian begitu dan apakah teorinya yang digunakan oleh menteri tersebut?” Soal presiden MCA.
Diselimuti Kebencian
Terdahulu, Zahid menempelak kerajaan kerana tergamak untuk menipu, membalas dendam dan kebencian terhadap hanya seorang individu berbanding keutamaan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai.
“Walaupun ia disia-sia, diselimuti dengan kebencian, pembohongan dan…isu-isu yang menjadikan the centre of gravity ada pada seseorang.
“Hakikatnya buatlah suatu lebih baik kerana rakyat mahu perubahan, bagaimana perubahan dijanjikan jika harga yang dijanjikan tidak turun, yang turun hanya tomato,” katanya.
Annuar Musa (BN-Ketereh) pula berkata beliau tidak bersetuju dengan Zahid berkenaan penurunan harga barang.
“Minta maaf saya tidak setuju dengan kenyataan YB yang nyatakan hanya harga tomato turun sebab harga saham juga turun, getah, nilai kelapa sawit turun dan nilai ringgit turun,” katanya.
Rantaian Nilai
Bagaimanapun, sebelum ini Salahuddin mengakui membuat kenyataan harga sayur dan buah turun itu secara spontan hasil makluman orang awam kepadanya di beberapa lokasi selain laporan tinjauan umum terhadap penurunan harga bahan keperluan.
Selain itu, katanya, ia dibuat berdasarkan pemerhatiannya terhadap harga bahan makanan terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan yang dipasarkan terus oleh petani di pasar tani.
Beliau berkata walaupun sebelum ini GST tidak dikenakan ke atas bahan makanan asas namun, keputusan kerajaan itu amat baik dalam usaha menurunkan kos pengeluaran makanan di sepanjang rantaian nilai.
“Ini terutamanya kos berkaitan input, kejenteraan dan perkhidmatan logistik pertanian,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)
Kredit : khalifahmailonline
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post