Akaun Beku, Najib Semakin Hilang Sabar!

Akaun Beku, Najib Semakin Hilang Sabar!

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan bertindak 'zalim' kerana membekukan akaun banknya meskipun akaunnya itu tidak terlibat dengan siasatan dijalankan terhadapnya.

Akaun Beku, Najib Semakin Hilang Sabar!
Akaun Beku, Najib Semakin Hilang Sabar!
Beliau meluahkan kekesalannya dalam laman sosial Facebook miliknya selepas mendapati akaun peribadinya turut dibekukan dan ia hanya disedari selepas ceknya untuk membayar bil perubatan anaknya ditendang bank, pagi tadi.

Bekas Presiden Umno itu tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya dan merasakan tindakan diambil kerajaan tidak wajar dan amat berat apatah lagi selepas mahkamah membenarkan beliau diikat jamin.

ARTIKEL MENARIK: Anak Najib Sakit Kanser, Sukar Bayar Bil Hospital Akibat Akaun Dibekukan


"Saya kecewa dengan tindakan kejam diambil kerajaan sekarang. Kenapa harta peribadi saya disekat sedangkan mahkamah membenarkan saya diikat jamin malah wang jaminan berjumlah RM1 juta juga sudah dibayar?


"Kerajaan perlu sedar bahawa saya juga rakyat biasa. Sebagai ketua keluarga, saya ada bil untuk dibayar, ada bil perubatan untuk dilangsaikan dan rumahtangga untuk diurus. Pembekuan akaun menyukarkan saya memenuhi tugas sebagai ketua keluarga.

"Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya ada hak untuk bebas sehingga perbicaraan selesai. Kalau kita tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, kita akan menjadi negara yang gagal," katanya.


Dalam kenyataan itu, Najib menyatakan akaun peribadinya yang dibekukan itu hanya digunakan untuk menerima gaji sebagai ahli parlimen dan bayaran pencen sebagai bekas Menteri Besar Pahang.

"Akaun ini hanya ada transaksi saya menerima gaji sebagai Ahli Parlimen dan pencen Menteri Besar daripada puluhan tahun khidmat saya kepada kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan.

"Pagi tadi, saya difahamkan akaun anak saya tidak lagi dibeku. Ini membuktikan tindakan membekukan akaun itu sebelum ini tidak berasas.

"Begitupun, akaun peribadi saya masih dibekukan. Akaun itu tiada kena mengena dengan politik malah tiada kena mengena dengan siasatan pihak berkuasa terhadap saya," ujarnya.

Kredit : WartawanFB

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post