[VIDEO] Berlaku perselisihan Dr M – Anwar? Nurul Izzah Akhirnya Dedah Perkara Sebenar Yang Berlaku!

[VIDEO] Berlaku perselisihan Dr M – Anwar? Nurul Izzah Akhirnya Dedah Perkara Sebenar Yang Berlaku!

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menolak khabar angin mengenai perselisihan antara Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

[VIDEO] Berlaku perselisihan Dr M – Anwar? Nurul Izzah Akhirnya Dedah Perkara Sebenar Yang Berlaku!
[VIDEO] Berlaku perselisihan Dr M – Anwar? Nurul Izzah Akhirnya Dedah Perkara Sebenar Yang Berlaku!
Izzah berkata dia telah mendengar tentang teori konspirasi itu sejak berusia 18 tahun.
Beliau ditemui selepas melancarkan buku yang ditulis oleh naib presiden PKR Tian Chua.

Beliau diminta mengulas kenyataan calon pemilihan Umno, Datuk Lokman Noor Adam, yang mengatakan hanya masa akan menentukan bahawa Anwar atau Mahathir akan kembali ke Umno, dan kerajaan Pakatan Harapan berpecah.



VIDEO:

Bagaimana Anwar Ibrahim Boleh Memaafkan Tun Mahathir? Inilah komunikasi dua tokoh ini selepas 18 tahun “berperang” sengit

aq-1024x575.png


Ramai yang tertanya-tanya sejak bila hubungan baik antara Anwar dan Tun Mahathir sudah terjalin’

Ramai antara kita semua tertanya-tanya, bagaimana agaknya Anwar Ibrahim yang merupakan seteru utama Tun Mahathir mampu memaafkan musuh ketatnya itu? Ikuti perkongsian menarik di bawah ini.

Perjalanan politik Dr Mahathir Mohamad sentiasa menjadi perhatian ramai. Setiap gerak dan aksinya ditafsirkan, serta memberi impak besar kepada negara. Sosok ini ternyata dihormati, digeruni, diwaspadai dan tidak kurang dibenci.

Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat mungkin orang yang sesuai, bukan sahaja untuk membuat pengamatan lebih menyeluruh terhadap penampilan semula Mahathir, tetapi beliau juga rapat dengan bekas seteru ketatnya, Anwar Ibrahim. Ada cerita di sebalik tabir yang yang mahu dikongsinya.

Ikuti perbualan Ahmad Lutfi Othman bersama Saifuddin dalam kesibukannya menguruskan parti dan mengatur kempen PRU14. Saifuddin menjadi saksi mata dalam momen penting pertemuan Mahathir dan Anwar, yang kemudiannya mengikat persefahaman strategik, dalam usaha menubuhkan kerajaan baharu.

Wawancara eksklusif ini dipetik dari buku Mengapa Mahathir? yang disusun Ahmad Lutfi, dan diterbitkan khusus untuk menjelaskan kekeliruan terhadap faktor Mahathir yang menjadi pertikaian banyak pihak.


Bagaimana boleh timbul cadangan agar Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan kemudiannya dicalonkan sebagai perdana menteri jika BN dapat dikalahkan dalam PRU14.

PH bukan pakatan sentimental tapi pakatan yang pragmatik untuk tumbangkan kerajaan kleptokratik. Kita perlu sertai PRU14 dengan satu calon PM. Malangnya calon kita Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di penjara. Jadi secara konsensus kami setuju Tun Mahathir dicalonkan sebagai PM kerana rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu masih suka kepada Tun.

Bagaimana Anwar Ibrahim Boleh Memaafkan Tun Mahathir?


Mahathir sering diingati kerana rekodnya sebagai PM selama 22 tahun. Disebalik kejayaannya, banyak pula tindakan beliau yang kontroversi, baik dari segi politik, seperti langkah autokratiknya berdepan musuh dalaman Umno, misalnya dengan Musa Hitam dan Anwar Ibrahim, ataupun pemimpin pembangkang, misalnya dengan menggunakan ISA, Operasi Lalang 1987; dasar-dasar ekonomi yang mengutamakan kenalan dan kroni, juga konsep penswastaan yang membebankan rakyat, misalnya konsesi tol dan janakuasa bebas; pemusatan kuasa, mencabuli kebebasan kehakiman dan pindaan akta drakonian; dan lain-lain lagi. Isu-isu lampau ini dijadikan hujah untuk terus menolak Mahathir sebagai Pengerusi PH dan calon PM. Apa komentar sdr.

Kita tidak boleh mengubah perkara lepas. Buruk baik perbuatan Tun Mahathir sepanjang menjadi PM, apa lagi 22 tahun, sudah tentu memberi kesan besar terhadap rakyat dan negara. Buat kami dari Keadilan juga begitu. Peristiwa politik 2 September 1998 sukar dilupa. Namun kita boleh saling memaafkan. Hanya dengan berbuat begitu, kita boleh bergerak ke hadapan. Dan itulah yang sedang kami lakukan.

Rekod Tun boleh dinilai daripada dua sudut, baik dan buruknya. Tun mulakan kerajaannya dengan nenerapkan nilai-nilai Islam, kebersihan, punctuality/punch card/seragam waktu Malaysia Timur dan Barat, name tag, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, dan lain-lain lagil.

Tun mulakan penswastaan bagi melahirkan golongan pertengahan dan usahawan Melayu. 

Projek lebuh raya, pelabuhan, janakuasa, penerbangan, telekomunikasi dan sebagainya diswastakan dengan dua objektif. Pertama, melahirkan kelas pertengahan usahawan Melayu. Kedua, mengurangkan hutang kerajaan. Tanpa penswastaan mungkin tidak ada Melayu yang menjadi usahawan dan jutawan hari ini. Tidak siapa yang boleh menafikan bahawa gandingan Mahathir sebagai PM dan Anwar sebagai Menteri Kewangan dan TPM, tercatat sebagai zaman paling gemilang hingga Malaysia diiktiraf sebagai tiger ekonomi. Malaysia catat tujuh tahun surplus budget, reserve negara paling tinggi, inflasi rendah dan pertumbuhan ekonomi di atas enam peratus. Peruntukan kepada pendidikan antara yang terbanyak, dan rakyat Malaysia dihantar belajar di seluruh dunia. Ketika itu peruntukan kepada universiti awam tidak pernah dipotong, tidak ada PTPTN.

Ya, Tun bersifat “diktator” bila menghadapi musuh politiknya, seperti Tengku Razaleigh, Musa Hitam dan Anwar. Bagaimanpun semua musuh politiknya kembali bersama beliau dan kini Anwar juga bersama beliau.

Kita jangan lupa rakyat merindui team Mahathir-Anwar untuk mengangkat semula maruah bangsa dan negara yang kini tersungkur kerana kerajaan kleptokratik.

Orang ramai mungkin tidak terkejut jika seteru politik lama Mahathir, seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu boleh menerima Mahathir. Namun mereka terperanjat menyaksikan Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Ismail, Nurul Izzah dapat bersedia bekerjasama dengan Mahathir. Mungkin ada cerita yang boleh dikongsikan.

Tun Mahathir pecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998. Pertemuan pertama Tun M dengan DSAI selepas peristiwa itu ialah pada 5 September 2016. Lokasinya di bilik saksi Mahkamah Tinggi, Jalann Duta, Kuala Lumpur.

Bagaimana Anwar Ibrahim Boleh Memaafkan Tun Mahathir?


Saya ada bersama di situ. Kak Wan dan semua anak-anak kecuali Mohd Ehsan (tinggal di AS) dan cucu-cucu juga berada di situ.

Saya masih ingat, ayat pertama Tun M, “how are you Anwar?

DSAI jawab, “I’m fine, and you, Tun?

Tun M jawab, “baik..”

Tun M kemudian bertanya DSAI, “how is your shoulder. ”

DSAI jawab, “Alhamdulillah, getting better.”

Tun M tanya lagi, “do they allow you to get treatment?”

Dijawab DSAI, “yes they do.”

Bertemu selepas 18 tahun “berperang” sengit, begitu rupanya komunikasi dua tokoh ini!

Perbualan selanjutnya berkisar kandungan afidavit Tun M membantu kes DSAI lawan kerajaan Malaysia isu akta MKN.

Keesokannya, 6 September 2016, saya berjumpa DSAI lagi. DSAI berbisik kepada saya yang dia tidak lena tidur malam tadi.

Saya berseloroh, adakah sebab teruja kembali “berbaik” dengan Tun M?

Dijawab DSAI, “fikiran bercampur baur.”

Adakah kesediaannya menerima Tun M melukakan hati isteri, anak-anak dan penyokong-penyokongnya. Adakah tindakannya itu betul. Mereka yang paling terkesan, ujarnya.

Begitulah DSAI yang saya kenali. Senantiasa memikirkan perasaan dan derita orang lain, walhal dirinya sendiri terpenjara.

Saya sempat berpesan, “Datuk Seri, memaafkan itu lebih baik walaupun sukar. Fikiran akan menjadi lebih tenang dan kita boleh move on.”

DSAI kemudian memeluk erat saya.

Detik yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Saya di sisinya saat dia dipecat, 2 September 1998. Saya juga berada di sisinya saat Tun M dan dia berbaik.

Bermula dari pertemuan itu, saya menjadi saksi bagaimana DSAI, Kak Wan, Izzah bersungguh-sungguh melupakan sengketa lama. Hal ini penting kerana selepas Tun M dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, kerjasama antara parti dan PH menjadi lebih mudah. Ini kerana PH ialah suatu “coalition of trust”.

Anwar sudah maafkan Tun M sejak 2006 lagi. Tun pun sudah minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kesilapannya masa jadi PM dulu. Antara kesilapan terbesar Ialah menyuruh Pak Lah lantik Najib. Keluarga Anwar dididik dalam suasana Islam, tanpa benci dan dendam, sebaliknya kaya dengan kesabaran dan kemaafan .

Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah faham bahawa dalam konteks politik hari ini, rakyat perlukan gandingan Tun M dan Anwar untuk menyelamatkan Malaysia daripada muflis.

Mungkin ramai bersetuju bahawa faktor Mahathir dapat mendekatkan pengundi Melayu, khususnya di luar bandar kepada PH tetapi ada yang sangsi kejujurannya untuk melaksanakan perubahan atau mereformasikan institusi penting negara kita. Sdr pula menilainya bagaimana?

Pertama kali saya berjumpa Tun M ialah pertengahan 2015 di ofisnya di Perdana Leadership.

Saya berkongsi pengalaman kami dalam Keadilan tentang agenda reform.

Tun M pesimis. Ujarnya, “Najib mesti dijatuhkan dahulu sebelum reform boleh dijalankan. Lebih baik bekerjasama jatuhkan Najib sebelum kita bicara perkara-perkara lain, termasuk reform.

Itu sikap Tun M yang saya faham. Namun Tun M setuju reformasi pilihan raya mesti dilakukan segera. Sebab itu Tun M turun himpunan Bersih5, dua hari berturut-turut. Berlaku banyak lagi pertemuan saya dan Tun selepas itu.

Sehinggalah hari bila Tun M secara rasmi menjadi Pengerusi PH dan calon PM, saya dapati Tun M, pantas belajar dan cepat mengesan bagaimana komitednya kami rakan-rakan barunya dalam PH bersungguh dengan agenda reform. Saya percaya Tun M juga begitu.

Bagaimana Anwar Ibrahim Boleh Memaafkan Tun Mahathir?


Sdr berpengalaman menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat dahulu bersama Anwar dan kini dalam mesyuarat Pakatan Harapan bersama Mahathir. Tentu ada keistimewaan tertentu dua negarawan tersebut pada pemerhatian sdr.

Ini pengalaman real saya sebagai anggota Majlis Presiden PR dan kini PH.

DSAI mengurus sesuatu perbincangan secara makro. Macro manage, kata orang putih. 

Details dan perinciannya sekretariat PR yang urus dan selesaikan. DSAI mahir dalam menguruskan imbangan kuasa atau political balancing, khususnya Pas-DAP. DSAI mementingkan komunikasi personal dengan key leaders PR sebelum sesuatu keputusan penting yang perlu dibuat dalam Majlis PR.

Sehingga apabila perkara yang sensitif sekalipun dibincang dalam Majlis PR, iklim perbincangsn menjadi sangat kondusif. Perbincangan berlangsung tertib dan saling hormat.
Tun M pula seorang pendengar yang baik atau good listener. Tun sabar mendengar setiap hujah dari setiap pimpinan Majlis PH yang ingin berikan pandangan.

Kehebatan Tun ialah bilamana membuat rumusan terhadap perkara yang dibincang, ia disenangi dan diterima semua pihak.

Tun sangat fokus dan details. Dia tahu ke mana mahu dipandu keputusan mesyuarat. Tun juga sangat berdisiplin. Tiba tepat masa dan tidak menyentuh telefon bimbit sepanjang mesyuarat!

Setiap kali mesyuarat PH akan akan ada keputusan dan progres. Lihat sahaja bagaimana PH bersetuju dengan satu simbol. Juga perkara mendaftarkn PH. Tun sendiri pergi ke pejabat Pendaftar Pertubuhan, ROS. PH menerima banyak kesan baik hasil kepimpinan beliau.

Mahathir juga dibimbangi keupayaannya untuk membina semula negara yang rosak teruk sekarang ini, disebabkan faktor usia dan kesihatannya.

Pada usia 93 tahun, saya kagum dengan disiplin penjagaan kesihatannya. Beberapa kali muncul program bersama beliau, Tun masih mampu berdiri dan berucap satu jam.

Beliau juga menjaga riadahnya, berkuda dan berbasikal. Fikirannya tajam. Bila mahukan sesuatu Tun sangat fokus. Benarlah kata orang, umur itu sekadar angka!

Umur bukanlah ukuran kerana pejuang akan berjuang untuk rakyat dan negaranya hingga ke akhir hayat. Orang politik saja yang bersara, tetapi pejuang bangsa tidak pernah bersara. Sama ada mereka ada jawatan atau tidak, mereka akan tetap berjuang untuk bangsa dan negaranya.

Saya lihat Mahathir dan Anwar memiliki komitmen dan daya juang yang cukup tinggi.

Gandingan Mahathir-Anwar kali ini lebih mantap kerana mereka akan dibantu oleh ramai reformis dan profesional daripada pelbagai bidang kemahiran.

Reformasi institusi politik akan menyuburkan demokrasi dan membersihkan imej Parlimen daripada menjadi sarkis yang dipenuhi badut.

Sementara itu, Pas berazam mahu menjadi penentu atau kingmaker kepada penubuhan kerajaan selepas PRU14 nanti. Bolehkah pengundi menerima peranan baru Pas itu, dan bertindak menyokong idea itu?

Ustaz Hadi Awang mahu jadi kingmaker untuk “Cash is King”?

Sebenarnya saya dan ramai rakan-rakann, termasuk dalam Pas juga, sudah menduga bahawa Pas berpecah bila Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia.

Dengan nencanangkan idea kingmaker, Pas sebenarnya nengakui ketidakupayaannya bersaing dalam PRU14 nanti.

Ahli-ahli Pas sendiri pun sedar jika Allahyarham Ustaz Fadzil Nor dan Tok Guru Nik Aziz masih hidup, kedua dua mereka kini akan berdiri sepentas dengan Tun dan Dr Wan Azizah.

Kemenangan PH bukan bermakna segalanya berakhir, sebaliknya ia satu permulaan perjalanan yang panjang untuk memartabatkan negara ke tahap yang lebih baik. Selain peranan kerajaan baru, apa pula fungsi terbaik parti-parti politik, NGO, masyarakat sivil dan rakyat khususnya untuk sama-sama membina semula tanahair tercinta ini? (BOLD)
Saya impikan sistem dua parti dalam negara kita. Check and balance akan menjadi lebih berkesan.

Institusi demokrasi akan berfungsi sesuai tujuan kewujudannya. Rakyat akan dapat yang terbaik. Masyrakat sivil bebas berperanan dan menyumbang.parti-parti politik akan lebih bertanggungjawab.

Rakyat tidak lagi diambil mudah atau take thing for granted. Impian ini hanya dicapai dengan cara Umno kita kalahkan.

Antara idea reformasi Ialah melahirkan demokrasi dua parti seperti mana di negara maju. Kini kita sudah ada PH dan BN.

Sistem dua parti akan kurangkan politiking dalam serba serbi. Dengan menghadkan tempoh PM dan MB, menjadikan Parlimen sebagai sumber segala kuasa, hapuskan istilah “pembangkang” dari kamus politik, maka naratif politik masa depan akan berubah daripada Politic in Malaysia –politik Melayu, Islam, politik ras dan agama — kepada Malaysian Politik, yakni politik rakyat Malaysia untuk negara, Malaysia.

Kesimpulan

Dapatlah kita simpulkan di sini, dendam dan amarah tidak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat. Keputusan dua pemimpin lagenda ini untuk melupakan sengketa lama dan berjuang demi rakyat amatlah dipuji dan wajar dicontohi.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post