Header Ads

Tabung Harapan. Komen Dr Maza Buat Ramai Pembangkang Terus SENTAP

loading...

Bila umum Tabung Harapan, ramai yang setuju sebab bukan kewajipan nak bagi pun, tapi anehnya ada juga segelintir yang meroyan tak tentu hala. Ekoran tu, ini komen Dr Maza buat ramai pembangkang terus sentap. Ikuti selanjutnya.

Tabung Harapan. Komen Dr Maza Buat Ramai Pembangkang Terus SENTAP
Tabung Harapan. Komen Dr Maza Buat Ramai Pembangkang Terus SENTAP
ABUNG HARAPAN – KOMEN DR MAZA


Tidaklah pelik jika ada yang cuba tolong pihak Kerajaan bayar hutang. Ia satu usaha yang bersifat sukarela. Siapa mahu boleh berikan, siapa tidak mahu boleh biarkan.

Namun, yang pelik lagi melampau ialah pihak yang membuat hutang yang ditanggung oleh sekelian rakyat secara paksa tanpa rela. Lebih kejam lagi apabila pihak yang mengambil hutang itu bermewahan, sementara rakyat yang menanggung hutang hidup dalam bebanan.

ARTIKEL MENARIK: Rayuan Jamal Dari Ladang Sawit. Ini RESPON Tan Sri Muhyiddin Buat Ramai RESPEK


Apa yang ganjil lagi ajaib apabila ada kelompok yang pernah menyatakan mereka berpuashati dengan isu penyalahgunaan harta awam tersebut.

Sumber: FB Dr Maza






EKONOMI SEMAKIN PULIH – RINGGIT MULA KUKUH BERBANDING DOLAR AS


Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan pemulihan permintaan terhadap unit tempatan itu serta seiring prestasi pasaran ekuiti yang lebih baik, kata peniaga.

Pada 9.01 pagi, unit tempatan itu disebut pada 3.9800/9850 berbanding 3.9870/9900 sewaktu ditutup pada Rabu.

Peniaga berkata, pasaran saham dan tukaran asing kembali meningkat berikutan kemelut politik Itali yang semakin reda.

Sebahagian daripada pemulihan itu didorong oleh laporan bahawa dua parti terbabit kini berusaha untuk membentuk kerajaan, sekali gus mengelak negara itu kembali ke medan pilihan raya untuk kali kedua, tahun ini.

Menurutnya, aliran yang cenderung kepada aset selamat turut susut pada Rabu apabila euro kembali menokok hampir 1.0 peratus berbanding dolar AS dan mengatasi semua kerugian dialami pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Dagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata ringgit didagangkan dalam keadaan perlahan namun terikat dengan risiko di peringkat global.
“Faktor luaran akan terus mempengaruhi prestasi ringgit dalam masa terdekat ini. Data bukan penggajian AS yang akan diumumkan pada Jumaat ini berkemungkinan besar akan menentukan hala tuju dolar AS,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lainnya.

Ia rendah berbanding pound Britain kepada 5.2906/2989 daripada 5.2904/2963 dan susut berbanding euro pada 4.6403/6469 daripada 4.6301/6344 pada Rabu.

Ringgit bagaimanapun tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.9713/9754 daripada 2.9714/9741 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6608/6664 daripada 3.6645/6680, semalam. – BERNAMA (Sumber: Berita Harian)

KREDIT -  KHALIFAH MAIL ONLINE.

-----------------------------------------------------------------
loading...

No comments