Syed Ali terkejut ada RM114 juta di Pavilion Residences

Syed Ali terkejut ada RM114 juta di Pavilion Residences

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengakui beliau terkejut ketika mendapat tahu wang tunai yang dirampas dari Pavilion Residences di Kuala Lumpur berjumlah RM114 juta.

Syed Ali terkejut ada RM114 juta di Pavilion Residences
Syed Ali terkejut ada RM114 juta di Pavilion Residences
“Sudah tentu saya terkejut, saya juga terkejut melihat barang kemas dan beg tangan,” kata Syed Ali.

“Eh, bolehkah kamu beritahu saya, duit dan barang kemas jenis apa yang kamu simpan di dalam rumah kamu? Kamu beritahu saya, rumah siapa itu?” soalnya.

“Saya sendiri tidak menyimpan wang sebanyak itu di rumah saya.”

ARTIKEL MENARIK: Jangan guna dana rakyat untuk biayai sekolah tahfiz – Siti Kassim





Syed Ali turut berkongsi kejadian tiga perompak bersenjata yang masuk ke dalam rumahnya marah apabila mereka gagal mencari wang tunai.

Tidak simpan wang di rumah

“Saya sedang tidur dan mereka kejutkan saya dengan parang, minta saya wang, saya katakan kepada mereka bahawa saya tidak menyimpan wang di rumah. Mereka menggeledah bilik saya sehingga ketika mereka tidak menemui wang tunai, mereka sangat kecewa.

“Jadi saya katakan kepada mereka, kamu jangan kecewa, saya ada barang kemas isteri saya, tak banyak, mungkin nilainya antara RM100,000 hingga RM150,000. Saya kejutkan isteri saya untuk buka (kotak selamat) dan berikan barang kemas itu kepada mereka supaya mereka tidak mengganggu kedua-dua anak saya yang sedang tidur di dalam bilik.

“Perhiasan itu pusaka daripada arwah ibu saya, kamu fikir saya tak sayang? Arwah beri kepada isteri saya sebelum dia meninggal tetapi saya perlu menjaga keselamatan anak-anak saya, jika tak beri, anak-anak saya akan diapa-apakan,” kata Syed Ali.



Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sedang disiasat polis di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.



Pada 24 Mei lalu, Umno berkata wang tunai itu merupakan dana kempen yang mahu dipindahkan kepada kepimpinan baru berikutan peletakan jawatan Najib sebagai presiden parti.

Duit pilihan raya guna masa PRU

Terdahulu, Najib membuat laporan polis yang membuat dakwaan sama.

Syed Ali tidak bersetuju dengan cara menyimpan sejumlah besar wang tunai di rumah seorang pemimpin tertentu.

“Mereka (Umno) berkata ini adalah duit pilihan raya. Bagi saya, jika ini duit pilihan raya, kamu gunakan semasa pilihan raya lah,” katanya.

“Orang-orang ini pun satu jenis, beri wang tunai, tabur keliling, memberikannya kepada seseorang… kemudian pergi dan dapatkan sesuatu daripada perdana menteri, saya tidak tahu bagaimana kami (Umno) mendapat banyak wang,” kata Syed Ali.

Bagaimanapun, beliau maklum tiada ahli politik yang bersih, beliau bersetuju RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun bank peribadi Najib itu sudah berlebihan.

“Mana ada 100 peratus bersih (ahli politik)? Tak ada! Tetapi itu (RM2.6 bilion) terlalu banyak,” katanya.

Bulan lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata tiada bukti menyokong dakwaan seorang putera Arab menderma RM2.6 bilion kepada Najib dan hal (derma) tersebut sangat dipersoalkan.

Wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post