Sultan kecewa orang melayu sendiri menghasut dan menanamkan kebencian rakyat pada raja-raja melayu

Sultan kecewa orang melayu sendiri menghasut dan menanamkan kebencian rakyat pada raja-raja melayu

Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah dukacita terhadap tindakan terbuka menghina, memperlekeh, menghasut dan mempengaruhi rakyat membenci raja-raja Melayu.

Sultan kecewa orang melayu sendiri menghasut dan menanamkan kebencian rakyat pada raja-raja melayu
Sultan kecewa orang melayu sendiri menghasut dan menanamkan kebencian rakyat pada raja-raja melayu
“Apa yang lebih mendukacitakan adalah kerana hasutan bagi membenci raja-raja Melayu ini dilakukan oleh segelintir orang-orang Melayu sendiri,” titah baginda dalam majlis berbuka puasa bersama rakyat di Klang hari ini.

Baginda tidak menyebut secara khusus pihak yang dimaksudkannya itu tetapi ia dibuat selepas polis menyiasat pemimpin pusat BERSATU Datuk Abdul Kadir Jasin dan aktivis Hishamuddin Rais bawah Akta Hasutan 1948.

Mereka didakwa mendedahkan dakwaan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong sebanyak RM256.9 juta dalam tempoh 16 bulan sehingga April tahun ini.

Hishammuddin telah membuat laporan polis balas mendakwa blognya telah digodam.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin juga menegaskan institusi raja berperanan mempertahankan kedudukan orang-orang Melayu dan agama Islam serta kaum-kaum lain di negara ini.

ARTIKEL MENARIK: Terkini 2 Pegawai Kanan FELDA Bersubahat Pecah Amanah Lebih RM47 Juta Kini Dipenjara.


“Penularan budaya ini di kalangan pihak-pijak tertentu perlu segera dihentikan agar rakyat tidak terus dihasut membenci raja-raja Melayu sehingga mengakibatkan taat setia rakyat kepada raja-raja Melayu terhakis,” titah baginda.

sebelum ini tular bahawa A kadir Jasin mendedahkan perbelanjaan agung pada media seolah-olah ingin menerapkan sikap benci rakyat pasa agung baca artikel penuh dibawah

(FMT) – Kira-kira RM257 juta digunakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong, menurut seorang ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan.

Menerusi catatan dalam blog peribadinya yang menurutnya tidak mewakili pandangan Majlis Penasihat Kerajaan dianggotainya, Datuk A Kadir Jasin berkata, purata RM16 juta sebulan dibelanjakan antaranya ke atas penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat, pengangkutan, pakaian Agong, hadiah dan cenderamata, kunjungan luar negara serta gaji kakitangan istana.

Kadir berkata, jumlah yang dibelanjakan untuk perbelanjaan Agong menunjukkan raja Melayu tidak memerlukan jaminan kedudukan mereka tidak terjejas.

Ini susulan kenyataan bakal perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pertemuan dengan beberapa sultan baru-baru ini bertujuan meyakinkan mereka mengenai komitmen PH untuk mempertahankan institusi raja.

“Saya tidak berani kata raja-raja tidak begitu yakin dengan kedudukan mereka sehingga mereka perlu diberikan jaminan dan ditenangkan,” tulis Kadir yang pernah mengetuai media utama kerajaan terdahulu, New Straits Times Press.

“Sebaliknya, saya rasa raja-raja yakin seperti sebelum ini. Mengapa tidak? Mereka dijamin oleh Perlembagaan, diberikan kemewahan, kaya dan Anwar pun mencium tangan mereka!”
Sejurus dibebaskan dari penjara bulan lalu, Anwar mengadakan satu siri perjumpaan dengan raja Melayu.

Dalam satu wawancara dengan badan pemikir dikaitkan PKR, Invoke Malaysia baru-baru ini, Anwar berkata, pertemuan itu ialah sebahagian usaha untuk memperkukuhkan hubungan kerajaan baru dan raja.

“Setelah 60 tahun, ini kali pertama raja-raja berdepan dengan kerajaan berbeza,” kata Anwar.

Tetapi Kadir, merujuk kenyataan Anwar baru-baru ini bagi menjelaskan pertemuannya dengan sultan, berkata Anwar nampaknya “bertindak seperti seorang komisar politik”.


Dalam sistem komunis, komisar politik lebih berkuasa daripada satu batalion tentera.”
Kadir berkata, walaupun penghapusan imuniti undang-undang dalam kapasiti peribadi mereka, raja masih dihormati, dengan sebuah mahkamah khas ditubuhkan untuk mendengar dakwaan salah laku kerabat diraja.

Kesimpulannya, raja berperlembagaan kita tidak perlu takut jika mereka memahami kedudukan istimewa mereka dan menjalankan tanggungjawab mereka seperti diperuntukkan Perlembagaan.

Rakyat harap mereka mewakili semua perkara baik dan suci.”

SUMBER: http://helangmerah.com/sultan-kecewa-orang-melayu-sendiri-menghasut-dan-menanamkan-kebencian-rakyat-pada-raja-raja-melayu/
Terdahulu…

Blog saya digodam, aktivis nafi hina Agong

Hishamuddin Rais disoal siasat lebih sejam malam tadi, selepas polis menerima laporan terhadapnya mengenai satu catatan blog menghina Agong.



KUALA LUMPUR: Aktivis sosial, Hishamuddin Rais menafikan dakwaan beliau memuat naik catatan berbaur hasutan berkaitan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di blognya.

Selepas memberi keterangan kira-kira sejam sambil ditemani peguamnya, Zaid Malek, lewat malam tadi, beliau berkata blognya digodam.

Saya nafikan. Saya mengatakan blog saya digodam dan dibajak, berdasarkan dalam 5 atau 6 hari sebelum pilihan raya lalu blog saya telah hilang selama 3 hari, ertinya ada orang boleh masuk blog saya.

Saya menyatakan kesediaan saya untuk menjelaskan penggodaman blog saya, jika polis mahu memanggil sekali lagi,” katanya kepada FMT di luar Balai Polis Petaling.

Zaid berkata, Hishamuddin dipanggil polis berhubung laporan polis yang dibuat semalam.
Hishamuddin dipanggil berdasarkan laporan polis dibuat pada 2.30 petang berkenaan perbelanjaan Agong.”

Semalam, 5 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang membuat laporan polis terhadap Hishamuddin atas dakwaan memuat naik artikel berbaur hasutan terhadap Agong di blognya.

NGO itu adalah Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Pahang, Sekretariat NGO Islam Pahang (SNIP), Pertubuhan Sukarelawan Al-Quran Pahang, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Pahang dan Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Pahang.

Wakil NGO itu, Datuk Syed Nasarudin Syed Abd Hadi dilaporkan berkata, Hishamuddin perlu dikenakan tindakan kerana perbuatannya mencemarkan nama baik Agong dan bersifat hasutan terhadap institusi raja Melayu.

Hishamuddin didakwa memuat naik artikel itu di blognya www.tukartiub.blogspot.com yang turut melampirkan dakwaan perbelanjaan Agong yang dimuat naik Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin.

Bagaimanapun, Hishamuddin difahamkan memadamkan kenyataan itu selepas salinan tangkapan skrin mengenainya tersebar di laman sosial.

SUMBER: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/08/blog-saya-digodam-aktivis-nafi-hina-agong/

Sumber : kicappedas

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post