‘Saya takkan merangkak, merayu nak minta nasihat Dr M’ – Tengku Razaleigh Hamzah

‘Saya takkan merangkak, merayu nak minta nasihat Dr M’ – Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan “merangkak” ke Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya dia pemangku presiden Umno.

‘Saya takkan merangkak, merayu nak minta nasihat Dr M’ – Tengku Razaleigh Hamzah
‘Saya takkan merangkak, merayu nak minta nasihat Dr M’ – Tengku Razaleigh Hamzah




“Untuk apa? Mengapa saya perlu merangkak kepadanya? Dia dari parti lain. Dia sudah meninggalkan parti kita yang dia tubuhkan dengan Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media di kediamannya hari ini.

“Kamu boleh rumuskan sendiri, kenapa perlu saya pergi dan merayu kepadanya,” soal beliau.

Tengku Razaleigh ditanya adakah beliau akan berjumpa Dr Mahathir sekiranya dia pemangku presiden Umno.Soalan itu merujuk pertemuan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dr Mahathir minggu lepas.

Razaleigh tidak mahu mengulas pertemuan itu.

“Orang ramai bertanya kepada saya kenapa dia pergi kepada Dr Mahathir untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana menguruskan Umno? Itu haknya,” katanya.

ARTIKEL MENARIK: [Terkini] Tun Dr Mahathir Mohamad ulangi sekali lagi siapakah PM ke-8


Ditanya adakah dia berdendam dengan Dr Mahathir, Tengku Razaleigh menjawab: “Tidak ada dendam. Saya tak berdendam dengannya.”Beliau menambah Dr Mahathir kawan lamanya dan “dia seorang yang istimewa”.

Tengku Razaleigh berkata beliau tidak bercakap dengan Zahid soal pemilihan parti dan Zahid tidak meminta beliau supaya tidak bertanding jawatan tertinggi parti.

919613bc8b29940487ee8f74f1006e27.jpeg

Dr M bukan lagi diktator?

Tengku Razaleigh tidak percaya Dr Mahathir sudah berubah seperti yang diperkatakan peminat dan bekas pengkritik.Razaleigh berkata Dr Mahathir masih orang yang sama.
Beliau masih sama cuma tukar baju kerana baju lama sudah lusuh. Macam itulah orangnya 23 tahun lalu, dia seperti itu 22 tahun lalu, dan saya rasa dia masih begitu pada hari ini,” katanya.

Dr Mahathir pernah menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003.Tengku Razaleigh meminta media perhatikan PPBM yang baru ditubuhkan Dr Mahathir sebagai contoh.
Anda nampak barisan kepimpinan parti yang baru ditubuhkan itu tetapi mengetuai kerajaan di Kedah, Perak, Johor dan di tempat lain, dan anda nampak bilangan jawatan Kabinet yang dipegang mereka,” katanya.

(PPBM hanya memenangi 13 daripada 116 kerusi Pakatan Harapan tetapi memegang 3 jawatan Kabinet setakat ini dan juga perdana menteri.)

Ditanya sama ada orang ramai akan akhirnya sedar Dr Mahathir belum berubah: “Saya tidak tahu. Terserah kepada orang ramai, bukan saya yang patut cakap.”


Tengku Razaleigh, 83, merupakan Ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat, mewakili Gua Musang sejak 1986.Bekas menteri kewangan ini pernah berkhidmat dalam Kabinet pertama Dr Mahathir.

Dr Mahathir, 93, kembali berkuasa bulan lepas sebagai ketua Pakatan Harapan selepas meninggalkan Umno pada 2016 dan menubuhkan parti baru, PPBM.


Sumber: Malaysiakini

Ku Li: Kita kalah, tapi Umno akan kembali lebih kuat

Umno menerima keputusan rakyat dan akan menyokong kerajaan baru selagi mana ia mematuhi Perlembagaan, kata veteran itu.


Kami memohon maaf dengan tulus ikhlas, kata Tengku Razaleigh.


KUALA LUMPUR: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata Umno akan bangkit dari kekalahan pilihab raya, dan akan dilahirkan semula menjadi pertubuhan yang lebih kuat.

Mengiktiraf kekalahan parti itu pada pilihan raya umum Mei lepas, Tengku Razaleigh berkata partinya memohon maaf kepada rakyat atas kegagalan dan kesilapannya yang lalu.
“Kami memohon maaf dengan tulus ikhlas. Kalau mereka rasa kami ada melakukan kesalahan terhadap mereka, parti ini memohon maaf,” katanya di kediaman hari ini.

Bagaimanapun, Umno akan melakukan perubahan dan akan kembali sebagai pertubuhan yang lebih kuat.

“Walau apapun yang berlaku, kami menerima kekalahan ini. Ini bermakna rakyat sudah membuat keputusan dan mereka sudah melantik kerajaan baru dan Umno akan beri kerjasama,” katanya.

Bagaimanapun, sokongan Umno bersyarat iaitu selagi kerajaan baru mengikut Perlembagaan. “Itu pendirian kami,” katanya.

Ditanya sama ada Umno akan menyiasat korupsi dalam parti, dia berkata: “Kita serahkan pada Tommy Thomas (peguam negara baru).”

Ditanya sama ada permohonan maafnya itu termasuk “kesilapan” 1MDB yang dilanda skandal serta Datuk Seri Najib Razak, yang meletakkan jawatan presiden selepas hilang kuasa perdana menteri, Tengku Razaleigh berkata: “Saya mohon maaf atas semua kesilapan kami.”

SUMBER: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/10/ku-li-kita-kalah-tapi-umno-akan-kembali-lebih-kuat/

Olahan Semula Kicappedas Media



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post