Saya memang percaya wang ditemui itu milik Umno- Bung Moktar

Saya memang percaya wang ditemui itu milik Umno- Bung Moktar

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin mengaku bahawa beliau adalah antara penyokong setia parti itu yang mempercayai setiap kata yang diucapkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.


Saya memang percaya wang ditemui itu milik Umno- Bung Moktar
Saya memang percaya wang ditemui itu milik Umno- Bung Moktar

Oleh itu, beliau yakin bahawa wang tunai yang dirampas oleh polis dari Pavilion Residences di Kuala Lumpur pada 18 Mei, memang milik Umno seperti yang didakwa oleh bekas presiden parti itu.

ARTIKEL MENARIK: Lim Guan Eng umumkan bonus hari raya luar biasa kepada 112,635 peneroka Felda


46ef5c0034189409e1a59a6dc3cda6c4-620x381


IMG_20180521_214258.jpg


“Menurut Najib, itu adalah wang parti. Kerana beliau mendakwa begitu, maka tidak ada yang salah (untuk parti itu memiliki jumlah wang tunai sebanyak itu) kerana semua orang boleh menyumbang kepada parti,” kata Bung kepada Malaysiakini.

Mengenai kenapa wang itu disimpan di apartmen mewah bukan di bank, beliau berkata: “Mungkin (Najib) tidak mempunyai masa untuk mengaturnya (untuk masukkan wang itu ke bank) kerana dia berjalan setiap hari (semasa tempoh kempen pilihan raya) Tetapi saya tak tahu, hanya Najib yang tahu.


Dalam satu wawancara, Bung Moktar berkata beliau menyandarkan kesetiaannya kepada Najib kepada legasi yang ditinggalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerajui Umno selama lebih dua dekad.

IMG_20180520_210200.jpg


“Saya percaya para pemimpin saya kerana kita dilatih untuk setia kepada para pemimpin kita. Pada masanya, Dr Mahathir melatih kita untuk mempercayai pemimpin, Walaupun jika Dr Mahathir tidak lagi bersama kita, kita masih percaya kepada pemimpin kita,” kata Bung Moktar, yang mengekalkan kerusi Parlimennya di Kinabalu dalam pada pilihan raya umum 9 Mei.

Najib, yang meletak jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN pada 12 Mei, dan kini sedang disiasat polis di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 berkaitan dengan 1MDB.

IMG_20180520_205831.jpg


Tiga minggu yang lalu, polis merampas 35 beg wang tunai dalam 26 mata wang berjumlah RM114 juta, 37 beg barang kemas dan jam tangan serta 284 kotak beg tangan berjenama dari tiga unit di Pavilion Residences.

Najib dilaporkan membuat laporan polis yang mendakwa wang tunai yang dirampas itu adalah derma untuk kempen Umno.

Pentadbir parti mengatakan bahawa ia adalah tradisi bagi presiden parti untuk mengutip dan menguruskan dana kempen.

Sumber:Malaysiakini

sumber : menujukebenaran

Sumber : Sayap Hitam Dot Com.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post