Top Ad 728x90

Friday, 1 June 2018

Rayuan Jamal Dari Ladang Sawit. Ini RESPON Tan Sri Muhyiddin Buat Ramai RESPEK

loading...

Viral baru-baru ni video Jamal buat rayuan dari ladang kelapa sawit. Lepas lama berdiam diri, ini respon win Tan Sri Muhyiddin buat ramai respek. Ikuti selanjutnya.

Rayuan Jamal Dari Ladang Sawit. Ini RESPON Tan Sri Muhyiddin Buat Ramai RESPEK
Rayuan Jamal Dari Ladang Sawit. Ini RESPON Tan Sri Muhyiddin Buat Ramai RESPEK
RESPON TAN SRI MUHYIDDIN
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak rayuan “melindungi” Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang hilang selepas berjanji untuk menyerah diri kepada polis semalam.

“Apa nak lindung apa? Dia tahu dia buat salah lepas tu dia lari,” Muhyiddin memberitahu pemberita selepas hadir majlis berbuka puasa Jabatan Penjara di masjid Penjara Kajang malam ini.

Muhyiddin berkata beliau juga meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun mengesan Jamal yang dilaporkan disiasat untuk sembilan kes, termasuk tiga daripadanya yang telah dibuat pertuduhan pada Jumaat lalu di Hospital Ampang Puteri.

ARTIKEL MENARIK:  Jangan jarah dana Petronas untuk tampung pemansuhan GST – Najib


RESPON POLIS SELANGOR

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat mengesahkan polis sedang dalam proses meletakkan Jamal dalam larangan perjalanan imigresen susulan desas-desus dia melarikan diri ke Indonesia.

“Saya sedang minta KPN untuk memburu beliau.

“Dengar kata dia di Indonesia dan kita minta kerjasama polis di sana untuk cari beliau bawa ke sini.

“Apa pun kesalahan saya serah pada pihak berkuasa untuk ambil tindakan sesuai dengan undang-undang yang ada,” kata Muhyiddin lagi.

Selepas gagal hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya semalam, Jamal mengeluarkan video yang dirakam di ladang kelapa sawit dan menyatakan kebimbangannya akan ditangkap.

Dalam klip tujuh minit, Jamal berkata kerajaan hari ini sedang memangsakan dirinya disamping mengisytiharkan dia bukan seorang penjenayah atau pengganas, walaupun mendakwa menerima layanan sedemikian.

Pemimpin ‘gerakan baju merah ‘ itu juga membuat pengakuan peribadi kepada Muhyiddin meminta jaminan supaya beliau tidak akan menjadi mangsa.


“Saya minta Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberi saya jaminan sebagai seorang ahli politik, sebagai seorang aktivis, saya tidak akan diperlakukan dengan buruk atau menjadi mangsa,”

“Saya mohon Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan jaminan kepada saya seorang pemimpin politik, pemimpin aktivis supaya tidak dizalimi, tidak dianiaya.
“Saya bukannya penjenayah tetapi saya diperlakukan seperti penjenayah dan pengganas sekarang ini,” kata Jamal. (Sumber: Malaysiakini)

NAJIB LETAK JAWATAN PENGERUSI KHAZANAH

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah meletak jawatan sebagai pengerusi Khazanah Nasional yang berkuatkuasa hari ini, kata syarikat pelaburan negara itu dalam satu kenyataan.



Kenyataan itu dibuat hanya beberapa jam selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyarankan Najib supaya meletakkan jawatan daripada lembaga pengarah Khazanah.
Namun, tidak jelas Najib melepaskan jawatannya itu sebelum atau selepas Lim membuat saranan itu.

Sebelum ini, The Malaysian Reserve melaporkan setakat hari Isnin lalu, Najib serta bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah masih memegang jawatan di lembaga pengarah Khazanah.

Bagaimanapun, Khazanah menjelaskan Irwan telah meletak jawatan pada 23 Mei lalu, sementara Johari meletakkan jawatan semalam.

Saranan Lim dibuat ketika menjawab soalan pemberita jika Najib akan dipecat daripada lembaga pengarah Khazanah.

Bagaimanapun adik Najib, Datuk Seri Nazir Razak masih memegang jawatan pengarah serta anggota audit dan risiko syarikat itu. (Sumber: Malaysiakini)


-----------------------------------------------------------------
loading...

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90