Perbalahan Jadi Punca, Kelab Peminat Fattah Amin Akhirnya Bubar

Perbalahan Jadi Punca, Kelab Peminat Fattah Amin Akhirnya Bubar

SELEPAS lima tahun ditubuhkan dengan tujuan menyokong kerjaya pelakon popular Fattah Amin, akhirnya kelab peminat rasmi The Fa Team dibubarkan.

Perbalahan Jadi Punca, Kelab Peminat Fattah Amin Akhirnya Bubar
Perbalahan Jadi Punca, Kelab Peminat Fattah Amin Akhirnya Bubar
Berita pembubaran itu diumukan kelab berkenaan pada malam Selasa.

Menerusi laman sosial @Thefa_Team, keputusan tersebut disebabkan status yang dimuat sebelum ini telah menimbulkan perbalahan dalam kalangan peminat aktor itu.

“Rasanya tidak perlu tempoh bertenang yang kami inginkan. Selagi mana ada pihak yang masih tidak mahu berlapang dada, selagi itu keadaan akan menjadi keruh dan tak ada kesudahan.

“Kami mohon maaf sekiranya kenyataan kami siang tadi menimbulkan kacau bilau, apatah lagi untuk menjatuhkan maruah sesiapa seperti digambarkan segelintir pihak,” tulisnya pemilik akaun itu.

ARTIKEL MENARIK: “Ya Allah! Taubatlah Cepat” – Berambut Blonde & Tindik Hidung, Netizen Kecam Gaya Terkini Shaheizy Sam



Status kelab peminat Fattah sebelum memadam akaun laman sosial tersebut.


Bagaimanapun, tinjauan mStar Online mendapati akaun laman sosial iaitu Instagram dan Facebook kelab peminat itu sudah dipadam.

Difahamkan perbalahan tercetus selepas kelab peminat tersebut didakwa memuat naik status menyentuh hal peribadi dan hubungan Fattah dan isterinya pelakon Fazura.

Dalam pada itu, tambah kenyataan itu, pihak mereka tidak pernah mempunyai niat buruk terhadap Fattah dan menyokong kerjayanya sejak belum dikenali ramai.


Kelab peminat tersebut didakwa mencetuskan perbalahan dalam kalangan peminat Fattah dan isterinya Fazura.


Kata kenyataan itu, selama lima tahun mereka berkerja keras untuk menyokong kerjaya pelakon berkenaan sehingga sampai ke tahap sekarang.



“Lima tahun kami dengan dua dari tiada apa-apa sampailah ke tahap sekarang. Kami lalui bersama-sama Fatah Amin seperti keluarga sendiri.

“Kami tidak minta banyak cuma jangan pertikaikan nawaitu kami selama lima tahun bersama Fattah. Kami tidak pernah ada niat lain selain mahu melihat Fatah Amin berjaya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Instagram milik pelakon Suri Hati Mr Pilot itu terus menjadi tempat luahan peminat yang memberi kata-kata semangat dan ada segelintir yang mempersoalkan pembubaran berkenaan.

Sehingga kini hampir 1,000 komen netizen pada foto di Instagram Fattah berkaitan hal berkenaan.

Tags / Kata Kunci:Fattah Amin , Fazura

Sumber: Mstar

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post