BUKIT Bauk terletak hanya kira-kira 6 km dari bandar Dungun, melalui jalan Dungun-Kuantan. Ia menyimpan pelbagai kisah suka duka baik bagi penduduk setempat ataupun pengguna jalanraya yang lain.
‘Nampak askar Jepun tanpa kepala’ – Kisah misteri Jalan Lama Bukit Bauk, Dungun |
Sebelum jalan baharu dibina untuk mengantikan jalan lama Bukit Bauk yang merentasi celah-celah bukit, memang terdapat banyak kisah misteri dan seram berlaku di situ.
Jalan lama Bukit Bauk mempunyai banyak selekoh tajam dan jalannya yang sempit hanya mampu memuatkan dua buah kenderaan sahaja.
Dengan keadaan jalannya yang tidak berapa sempurna, terdapat banyak kemalangan maut yang berlaku di sini.
ARTIKEL MENARIK: Ugut bunuh Dr Mahathir, laporan polis dibuat
Kesan daripada kemalangan maut tersebut, mulalah timbul bermacam kisah seram yang dialami oleh pengguna yang melalui jalan tersebut. Seringkali juga kelibat haiwan liar yang menghuni hutan Bukit Bauk berkeliaran di tepi-tepi hutan sepanjang jalan.
Pelbagai kisah seram yang pernah diceritakan oleh pengguna yang mengalami peristiwa menakutkan itu.
Antara kisah seram yang berlaku disitu adalah kisah seram kelibat seorang perempuan berambut panjang menahan kenderaan untuk menumpang ke satu tempat.
Ada juga kisah orang terserempak dengan susuk tubuh manusia tanpa kepala yang berdiri ditepi jalan lama. Menurut cerita lama, kelibat tanpa kepala itu adalah askar-askar Jepun zaman dahulu.
Seorang pengguna jalan raya berkongsi peristiwa aneh ketika melalui jalan tersebut. Peristiwa yang hampir meragut nyawanya itu berlaku ketika dia besama seorang rakan dalam perjalan pulang ke kampung di Dungun.
Setibanya kami di selekoh Bukit Bauk yang berhadapan dengan jalan masuk Rimba Bukit Bauk, dia yang memandu ketika itu terlihat seperti jalan di hadapan bercabang dua. Kejadian tersebut membuatkan kereta yang dinaiki mereka terbabas dan hampir melanggar tembok batu.
Sementara itu, seorang pemandu lori turut mengalami kejadian pelik ketika berada di situ. Dia dikatakan ternampak kelibat jelmaan perempuan menumpang di belakang lorinya.
Kisah ini adalah satu daripada banyak lagi kisah yang menyeramkan berlaku di Bukit Bauk.
Walaupun jalan lama Bukit Bauk telah ditutup dan digantikan dengan jalan baru yang lebih lurus dan besar, masih berlaku lagi kemalangan maut dan perkara-perkara yang menyeramkan terutamanya kepada pengguna yang kali pertama melalui jalan tersebut.
Semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati apabila melalui jalan Bukit Bauk terutamanya ketika hujan.
Banyak kemalangan yang terjadi disini disebabkan keadaan jalan yang licin. Juga berhati-hati ketika melaluinya diwaktu malam, bimbang juga haiwan liar yang melintas.
Kredit - Sayap Hitam Dot Com.
Post a Comment