Pemangku pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar ‘perang mulut’ antara Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa dan Timbalan Presiden McA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dihentikan.
Masing-Masing Masih Tak Boleh ‘Move On’ Dengan Kejutan PRU14.Pemimpin UMNO Dan MCA Saling Menyalahkan Antara Satu Sama Lain… |
“Kekecundangan di banyak kerusi parlimen dan DUN bagi Umno dan MCA suatu realiti yang harus diterima sebagai hakikat politik kebencian yang ditanam oleh pihak pesaing di kalangan rakyat.
“Tidak perlu menuding jari antara pemimpin,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Biro Publisiti MCA Datuk Chai Kim Sen dilihat tidak mengendahkan gesaan itu apabila mengeluarkan kenyataan membidas Annuar sebagai tidak memahami apa yang Wee katakan.
ARTIKEL MENARIK: Pelantikan Thomas gugat kedudukan istimewa Melayu, Bumiputera – Tun Faisal
“Annuar bukan saja memberi reaksi berlebihan terhadap kenyataan Wee, tapi juga menyatakan penolakannya (terhadap) MCA dengan cara yang kasar dan menafikan sumbangan MCA.
“Inilah sikap yang menyebabkan kejatuhan BN.
“Sangat mengesalkan apabila Annuar tidak faham perjaka ini. Dan dia tak payah berharap mendapat sokongan pengundi jika terus bersikap seperti ini,” katanya dalam kenyataan berasingan hari ini.
Chai turut menyorot bahawa pengundi jelas menolak Umno dan MCA sebagai rakan sekutu dalam BN, dan dengan menyalahkan orang lain, Umno dan MCA tidak belajar apa-apa daripada kekalahan itu.
“Kita bertanding bersama-sama di bawah bendera BN dan kalah bersama-sama. Kini kita semua harus sama-sama bertanggungjawab,” katanya.
Sumber - Sayap Hitam Dot Com.
Post a Comment