Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dirombak dan disusun semula berikutan struktur yang disifatkan 'berserabut', demikian kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kerajaan Mahu Rombak Polis, Imigresen Kerana 'Berserabut' - KDN |
"Tujuannya tidak lain supaya peranan agensi-agensi di bawah kementerian kita berjalan mengikut dasar-dasar yang ditetapkan kerana kita (jabatan dan agensi KDN) berdepan berbagai-bagai tanggapan yang agak negatif."
"Selaku menteri saya sedar perkara ini dan ia adalah satu perkara yang tidak baik dari sudut imej dan juga keyakinan dan kepercayaan rakyat jelata kepada KDN," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini, hari ini.
ARTIKEL MENARIK: (Video) Anjing tidur tepi jalan pun kena tar sekali
Muhyiddin berkata rombakan itu juga diharap dapat memperbetul dan menyelesaikan beberapa kepincangan yang dikesan dalam agensi berkaitan sebelum ini antaranya berhubung proses pemutihan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Mengenai isu lain, beliau yakin polis akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menangkap Jho Low, individu dipercayai suspek utama kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Arahan untuk menangkap Jho Low dan membawa balik beliau telah lama saya minta PDRM buat. Jadi, tunggulah...," katanya. - Bernama
Kredit - Sehinggit Media
Post a Comment