Jenazah bonda Sultan Johor disemadi di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah

Jenazah bonda Sultan Johor disemadi di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah

JOHOR BAHRU: Bonda Sultan Johor, Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah mangkat di London, pada Jumaat.

Jenazah bonda Sultan Johor disemadi di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah
Jenazah bonda Sultan Johor disemadi di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata Almarhumah Hajah Khalsom, 83, mangkat pada 7.55 malam, di Hospital King Edward VII.

“Adalah dengan sangat kedukaan dan kemasyghulan dilafazkan iaitu Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah D.K, S.M.I.J, bonda kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang amat dihormati dan dikasihi telah mangkat, berpindah daripada alam fana ke alam akhirat yang baqa pada 7.55 malam hari Jumaat 1hb Jun 2018 bersamaan dengan 16 Ramadan 1439 Hijrah di Hospital King Edward VII London,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan kemangkatan berkenaan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani.

ARTIKEL MENARIK: Wanita Pertama Derma Untuk Selamatkan Malaysia Dahulu. Ini Kisah Ketika Tunku Abdul Rahman Meminta Derma Untuk Negara Malaysia Merdeka


Abdul Rahim berkata jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Bilik Singgahsana, Istana Besar, di sini yang mana rakyat dan orang awam boleh mengunjung ziarah mengikut peraturan dan waktu yang akan diumumkan kelak.

Beliau berkata jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, pada tarikh dan waktu yang akan diumumkan nanti.

Menurut Abdul Rahim, istiadat pemakaman itu merupakan istiadat separuh rasmi.

Katanya jenazah Almarhumah akan berangkat ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah bermula dari Istana Besar secara diusung pedati yang ditarik 40 Askar Timbalan Setia Negeri Johor.


Abdul Rahim berkata Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar kini dalam keadaan kemasyghulan atau sedih atas kemangkatan bonda baginda.

Almarhumah Hajah Khalsom dilahirkan pada 2 Dis 1935 dan dikurniakan tiga puteri serta seorang putera iaitu Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah, Sultan Ibrahim dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, katanya.

ARTIKAL BERKAITAN - Bonda Sultan Johor mangkat di London

— BERNAMA

Kredit - Wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post