Ini Jawapan Khairy Jamaluddin Bila PM Mahu Projek Kereta Nasional Baru

Ini Jawapan Khairy Jamaluddin Bila PM Mahu Projek Kereta Nasional Baru

Ketua Pemuda Umno berkata, projek itu juga tidak mesra alam dari segi pembebasan karbon dioksida dan akan menelan kos besar yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan sistem pengangkutan awam.

Ini Jawapan Khairy Jamaluddin Bila PM Mahu Projek Kereta Nasional Baru
Ini Jawapan Khairy Jamaluddin Bila PM Mahu Projek Kereta Nasional Baru
Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan hasrat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjalankan satu lagi projek kereta nasional sebagai langkah terkebelakang.

Ini kerana, menurut Khairy, projek berkenaan bakal menelan belanja besar kepada kerajaan selain ia tidak mesra alam.

“Tatkala projek pengangkutan awam seperti MRT3 dibatalkan, pengumuman projek kereta nasional yang baru adalah satu langkah regresif dan terkebelakang.

ARTIKEL MENARIK: Bongkar….Duta Jepun Dedah Apa Jadi Pada Negaranya Bila Tun M Dilantik Sebagai Perdana Menteri


“Bukan sahaja projek kereta nasional ini tidak mesra alam dari segi pelepasan karbon dioksida, tetapi juga bakal menelan belanja yang besar kepada kerajaan yang sepatutnya disalurkan kepada pembangunan projek pengangkutan awam,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Pada sidang media di Nikkei, Jepun hari ini Dr Mahathir menegaskan beliau berhasrat untuk menjalankan projek kereta nasional baru selepas hampir separuh kepentingan Proton dijual kepada China.

Sebanyak 49.8 peratus saham Proton dijual kepada peneraju baru Geely tahun lalu ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

DRB-Hicom yang menjadi milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary masih memiliki 50.1 peratus saham dalam Proton.


Kaji semula MRT3

Selain itu, menurut Khairy, projek kereta nasional akan menambah kos kepada rakyat melalui duti eksais yang mencecah hingga 105 peratus.

Jumlah itu, tambah ketua Pemuda Umno itu, membebankan pengguna yang ingin membeli kereta jenama selain kereta nasional.

“Melainkan projek kereta nasional baru ini akan menghasilkan kereta elektrik sepenuhnya, saya tidak nampak kebaikan dan manfaatnya kepada rakyat, ekonomi negara dan alam sekitar.

“Ini juga banyak bergantung kepada kemampuan kita dalam mencapai ekonomi skala.
“Kalau skala pengeluarannya kecil, sasaran impak ekonomi yang diingini mungkin tidak akan dicapai,” ujar bekas menteri belia dan sukan itu lagi.

Sehubungan itu, Khairy mencadangkan agar kerajaan melalui jemaah menteri perlu memperhalusi perkara itu sedalamnya sebelum bersetuju meneruskan projek berkenaan.


Khairy Jamaluddin berharap keutamaan masa dan sumber dapat diberikan kepada penambahbaikan sistem pengangkutan awam.


Selain itu, Khairy turut menyarankan agar kerajaan mengadakan kerjasama dengan pihak swasta bagi menambahbaik last-mile connectivity seperti penyelesaian perkhidmatan e-hailing dengan menggunakan kenderaan dan motosikal.

Menegaskan tentang kepentingan MRT3, Khairy berkata kerajaan perlu mengkaji semula projek itu di masa akan datang.

“Kajian menyeluruh dari segi kemungkinan (feasibility) termasuk bagaimana untuk mengurangkan kos untuk projek MRT3 (perlu) dihidupkan semula pada masa akan datang atau dengan menggunakan sistem yang lebih menjimatkan kos seperti Bas Rapid Transit (BRT) yang tidak hanya tertumpu di Lembah Klang sahaja,” katanya.

SUMBER : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/11/khairy-projek-kereta-nasional-baru-langkah-mundur/

Perdana menteri berkata, Malaysia mahu mengeluarkan kereta nasional baru, mungkin dengan pertolongan negara jiran seperti Thailand, Jepun atau Korea.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau merancang untuk mengeluarkan kereta nasional baru selepas Proton diambil alih oleh sebuah syarikat China tahun lepas.

Beliau memberitahu peserta persidangan tahunan Nikkei di Tokyo hari ini dia memulakan Proton dengan harapan syarikat itu akan kekal dimiliki rakyat tempatan.


“Sekarang ia dijual kepada syarikat China, jadi bukan kereta nasional lagi.

“Kita bercita-cita mahu mengeluarkan kereta nasional baru, mungkin dengan pertolongan rakan di Asia Tenggara seperti Thailand, Jepun atau Korea kerana mereka berkemampuan mengeluarkan kereta berkualiti yang laris di pasaran dunia,” katanya.

Tahun lepas, syarikat dari China, Zhejiang Geely menguasai 49.9% saham Proton, dengan baki 50.1% saham dipegang oleh DRB-Hicom, dalam satu urus niaga yang disokong oleh kerajaan sebelum ini.

Langkah itu menerima bantahan keras Dr Mahathir, yang setahun sebelum itu melepaskan jawatan penasihat Proton berikutan perselisihan antara beliau dengan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, ketika berucap kepada rakyat dan pelajar Malaysia di Jepun sempena lawatan pertamanya ke negara itu selepas memegang jawatan perdana menteri buat kali kedua, Dr Mahathir berkata, Malaysia akan berjaya sekiranya rakyat memiliki etika kerja, pemikiran dan sistem nilai seperti orang Jepun serta mempunyai perasaan malu jika mereka gagal melaksanakan tanggungjawab.

Dr Mahathir juga berkata ketika Dasar Pandang ke Timur pertama kali digubal ketika beliau menjadi perdana menteri pada era 80-an, ia bukan setakat untuk menarik pelaburan dari Jepun atau datang belajar di negara itu. (Sumber : Freemalaysiatoday)

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post