Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Disiasat SPRM! 6 rahsia besar Rosmah Mansor mula terdedah
Disiasat SPRM! 6 rahsia besar Rosmah Mansor mula terdedah |
Terdedah lagi, Skandal terbaharu najib razak RM9.4 billion – Lim Guan Eng
Sungguh dahsyat jenayah yang dilakukan najib dan rosmah, diluar jangkaan kami sebagai rakyat malaysia. Banyak rupanya duit kerajaan malaysia.
Sebelum tu pihak berkuasa sudah mula menjumpai jenayah najib razak.
Guan Eng merujuk kepada skandal RM9.4 bilion yang melibatkan projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP).
Menteri Kewangan Lim Guan Eng meminta Datuk Seri Najib Razak menerangkan mengapa beliau membenarkan transaksi melibatkan Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER).
Nasib baiklah kerajaan PH telah ambil alih negara, kalau tak tentu malaysia telah terjual.
ARTIKEL MENARIK: Lim Guan Eng – Lagi Fail Merah Bernilai RM9.4 Bilion Ditemui. Ikuti Laporan PENUH.
Sebelum ini, najib pernah berkata, semasa beliau berkuasa lagi, katanya :
NEGARA akan menanggung beban hutang sebanyak RM1.1 trilion jika Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan persekutuan, Perdana Menteri Najib Razak memberitahu pelajar universiti hari ini. Beliau berkata manifesto pilihan raya pakatan pembangkang yang berjanji untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan tol akan menyebabkan negara menanggung tambahan hutang RM416 bilion di samping hutang sedia berjumlah RM685 bilion.
Maksudnya disini, jelas, najib sudah tahu hutang negara sebanyak itu, tetapi beliau pandai menipu rakyat dengan pelbagai helah dan kata kata manis serta menutup kejahatannya dengan memanipulasi berita tv. Harapkan pagar, pagar makan padi.
“Money Is King” kata najib razak suatu ketika dahulu kepada Tun M.
Harapan admin, semoga pemerintah yang ada sekarang lebih telus dan lebih bersikap kerakyatan agar rakyat tidak ditindas.
Sila tonton video:
Sumber: dharian
Post a Comment