Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran percubaan terburu-buru untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak daripada skandal 1MDB mungkin akan melepaskannya.
“Banyak orang sedang menunggu – bila kami akan menangkap Najib,” Ini JAWAPAN Tun Mahathir! |
“Banyak orang sedang menunggu – bila kami akan menangkap Najib, tetapi tidak begitu mudah, kita perlu mengumpul bukti keterangan yang kukuh di mahkamah.
“Jika kami gagal melakukannya, beliau mungkin menang. Cuba fikir apa yang akan berlaku jika Najib menang perbicaraan dan didapati tidak bersalah.
“Kemudian semua janji yang kami buat, semua perkara buruk yang kami katakan mengenai beliau akan dipersoalkan oleh orang yang mengundi kami,” katanya pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Jepun malam ini.
ARTIKEL MENARIK: Bekas PM Najib Meluluskan Projek Solar Tanpa Tender Terbuka, Tak Sangka Langsung!
Mahathir berkata kerajaan mahu memastikan bukti kukuh supaya memastikan sabitan bersalah terhadap bekas perdana menteri itu.
“Kami berharap kami dapat mengumpulkan bukti yang mencukupi untuk membuat pertuduhan di mahkamah dan berharap beliau akan didapati bersalah.
“Kami tidak tahu (keputusan) kerana tidak seperti kerajaan sebelumnya, kami tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap mahkamah.
“Kami telah memutuskan bahawa kami akan benar-benar demokratik dalam erti kata pilihan rakyat mesti dihormati, kita mesti memahami peraturan dan prosedur demokratik dan kita tidak boleh meletakkan kuasa di tangan kita,” katanya.
Mahathir, yang sebelum ini berkhidmat sebagai perdana menteri dari 1981 hingga 2003 pernah dituduh sebagai seorang pemimpin autoritarian, berkata kerajaan barunya akan memastikan tiada pemusatan kuasa.
“Kuasa di negara ini mesti dipisahkan antara perundangan, eksekutif dan kehakiman.
‘Jamal Tongkol’ pun hilang
“Semak dan imbang seperti ini dapat memastikan tiada seorangpun daripada kita melakukan perkara-perkara yang salah supaya tidak mudah bagi kita untuk bertindak sewenang-wenangnya di negara ini dan (bukanlah) cuma hanya memenjarakan orang sahaja.
“Jadi, saya fikir Najib lega (mendengar ini),” katanya.
Mahathir, dalam ucapannya juga mempertahankan keputusan kerajaan untuk mengenakan larangan perjalanan ke Najib.
“Ramai orang sekarang hilang. Malah ‘Jamal Tongkol’ pun telah hilang,” katanya merujuk Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang dikehendaki oleh polis tetapi dilaporkan melarikan diri ke Indonesia.
“Kita tidak tahu siapa yang akan hilang tetapi kita harap sebelum mereka dapat menghilangkan diri, kita boleh meneliti undang-undang negara dan menghukum orang yang melanggar undang-undang ini,” katanya.
Sumber : https://m.malaysiakini.com
Sumber : sweetnutella.com
Post a Comment