Apandi ucap Tommy tahniah, semoga berjaya di kerusi panas Peguam Negara

Apandi ucap Tommy tahniah, semoga berjaya di kerusi panas Peguam Negara

Agong berkenan menamatkan khidmat Peguam Negara Apandi Ali dan melantik Tommy Thomas. – Foto Free Malaysia Today

Apandi ucap Tommy tahniah, semoga berjaya di kerusi panas Peguam Negara
Apandi ucap Tommy tahniah, semoga berjaya di kerusi panas Peguam Negara
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengingatkan Peguam Negara yang baharu, Tommy Thomas bahawa jawatan yang digalas kini bukan tugas yang mudah.

“Saya ingin ucapkan tahniah kepada beliau dan selamat maju jaya dengan ingatan bahawa tugasan sebagai Peguam Negara bukanlah suatu yang mudah.

ARTIKEL MENARIK: Nampaknya Satu Persatu Barisan Peguambela DS Najib Tarik Diri.Terkini 2 Orang Peguam Terkenal Juga Menarik Diri…..


“Semoga berjaya di kerusi panas. Ia bukan mudah kerana ia jawatan yang sukar.,” katanya lapor NSTP.

Isu pelantikan Peguam Negara menggantikan Mohamed Apandi, yang ketika ini bercuti tanpa rekod selama 30 hari mulai 15 Mei lalu, tercetus apabila Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, mengusulkan nama peguam veteran, Tommy Thomas, untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan menamatkan khidmat Tan Sri Apandi Ali.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Dalam kenyataan bertarikh 4 Jun yang dihantar Istana Negara hari ini, Wan Ahmad Dahlan berkata, Seri Paduka bertitah bahawa pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Sumber - Free Malaysia Today

Sumber - malaysiastylonews

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post