Ahli perniagaan tawar RM10,000 sehingga Jamal ditangkap

Ahli perniagaan tawar RM10,000 sehingga Jamal ditangkap

Seorang ahli perniagaan menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Ahli perniagaan tawar RM10,000 sehingga Jamal ditangkap
Ahli perniagaan tawar RM10,000 sehingga Jamal ditangkap
Menurut anggota parlimen Kepong, Lim Lip Eng, ahli perniagaan berkenaan memberitahunya mengenai perkara itu dalam satu majlis makan malam tadi.

“Saya menghubunginya pagi ini untuk sahkan semula dan dia mengesahkan tawaran berkenaan. Jadi saya tanya kepada beliau bagaimana kalau Jamal melarikan diri setelah mengetahui tentang tawaran itu.

“Ahli perniagaan itu kata ia bukan isu. Selagi maklumat itu boleh dipercayai dan membantu polis menahannya (Jamal), individu itu akan menerima ganjaran,” katanya kepada Malaysiakini.

ARTIKEL MENARIK: Di Gelar ‘Kapal Maksiat Penuh Dosa’ SS Monte Carlo Akhirnya Timbul Selepas 80 Tahun Karam Di Badai Ribut Di Tengah Lautan.


Ditanya apakah ganjaran itu akan diberikan sekali gus, Lim berkata ia akan diberikan bagi setiap maklumat yang dibekalkan sehingga Jamal ditangkap.

Lim juga berkata ahli perniagaan itu tidak mempunyai sebarang agenda menawarkan ganjaran itu.

“Dia hanya marah bila seseorang melarikan diri apabila dikehendaki oleh polis. Dia melakukan ini kerana dia mahu memastikan Malaysia memiliki undang-undang,” tambah pemimpin DAP itu.

Jamal menghilangkan diri pada 25 Mei ketika menerima rawatan di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur, selepas dituduh berhubung protes di hadapan bangunan SUK di Shah Alam.


Dia juga sedang disiasat kerana kesalahan senjata api dengan mempamerkan senjata api kepada umum.

Dalam video yang dikeluarkan kemudian, Jamal yang diihat berada dalam sebuah ladang kelapa sawit, mendakwa dia menjadi mangsa kerajaan Pakatan Harapan.

Dia juga mendakwa bahawa gambarnya dengan senjata api adalah palsu.


Saya bukannya penjenayah tetapi saya diperlakukan seperti penjenayah dan pengganas sekarang ini – Kata Jamal Yunos di ladang sawit
Posted by Sukan Star TV – sstv.my on Wednesday, May 30, 2018
Sumber : www.jombaca.org

Sumber : Muka Media.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post