Adakah Najib Razak Sorok Kereta Mewah. Rakaman Kereta Yang Dikatakan Milik Bekas Perdana Menteri Tular

Adakah Najib Razak Sorok Kereta Mewah. Rakaman Kereta Yang Dikatakan Milik Bekas Perdana Menteri Tular

Kecoh kononnya kereta mewah milik Najib disorokkan

Adakah Najib Razak Sorok Kereta Mewah. Rakaman Kereta Yang Dikatakan Milik Bekas Perdana Menteri Tular
Adakah Najib Razak Sorok Kereta Mewah. Rakaman Kereta Yang Dikatakan Milik Bekas Perdana Menteri Tular
BERIKUTAN penularan rakaman video yang mendakwa beberapa kereta mewah milik bekas Perdana Menteri disorok di parkir Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan di kuala Lumpur menyebabkan lebih 20 pengamal media tempatan berkumpul di perkarangan apartmen terbabit.

Satu rakaman video berdurasi 24 saat mula tular di laman sosial yang mendakwa beberapa kereta mewah yang diparkir di kawasan letak kereta aras bawah itu milik keluarga Datuk Seri Najib Razak dan disorok oleh rakannya yang memiliki unit apartmen tersebut.

Bagaimanapun tiada pasukan polis yang kelihatan membuat pemeriksaan mahupun serbuan di apartmen mewah itu malam ini.

ARTIKEL MENARIK: Mangsa Pertama Angkara Mercun Tahun Ini.Mangsa Buta Mata Kanan Dan Hancur 5 Jari Kiri.Lebih Tragis Lagi Ibunya……


Menurut sumber, pasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman tidak membuat sebarang serbuan di apartmen itu pada hari ini.

Sementara itu, dua buah kenderaan masing-masing Mercedes dan Toyota Vellfire yang dipercayai membawa Najib dilihat memasuki kawasan parkir bangunan pangsapuri mewah itu jam 6.45 petang tadi.

Kereta Mercedes itu kemudian dilihat keluar pada jam 8.30 malam manakala Toyota Vellfire pula keluar meninggalkan kawasan berkenaan jam kira-kira jam 9.50 malam.

SUMBER : HMETRO ONLINE


Video Kereta Mewah Keluarga Najib Disorok Di Pavilion?


Artikel Lain ..
Anwar: Dakwaan jumpa orang Najib tidak benar

69b1fb6a10e4b55fe1adb9b9651381e8-1.jpe


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dakwaan beliau mengadakan pertemuan rahsia dengan seorang “Tan Sri” yang mewakili bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bertujuan meregangkan hubungan antara beliau dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohmad.

Dalam satu wawancara dengan Astro Awani, Anwar mengatakan dakwaan itu tidak benar dan mungkin ia datang dari musuh-musuhnya.

“Ini saya tidak tahu mungkin datang dari musuh saya, ataupun ada orang yang… pelbagai pihak, ada orang juga tugas nya nak meregangkan hunbungan saya dengan Tun Mahathir, untuk kepentingan-kepentingan sendiri.

“Saya cukup transparent, Datuk Seri Najib (Razak) telefon, saya bagi tahu umum, tidak rahsia. Ataupun sebelum ini bila Datuk Seri Zahid (Hamidi) telefon apabila dia kata kemungkinan besar BN akan kalah,” katanya.

Anwar berkata semua mesyuarat beliau setakat ini diadakan secara terbuka.

Sokong pimpinan Dr M kendali pemeritahan

“Kalau perlu bincang, Datuk Seri Najib boleh bincang dan saya kata nak bincang, kena bincang dengan Tun Mahathir, dia Perdana Menteri sekarang,” katanya.

Anwar menjelaskan khabar angin tidak patut dipandang serius dan mendakwa mungkin dakwaan tersebut datang daripada “elemen-elemen Umno 2.0.”
“Ada kelompok kecil lain yang cuba menyekat, mengugat hunbungan kita berdua dan ada juga tidak senang dengan kenyataan saya tentang rasuah, integriti.

“Kadang-kadang elemen Umno 2.0 itu ada meresap jadi saya tidak berganjak daripada pendirian saya untuk memberi sokongan yang kuat kepada pimpinan Tun Mahathir mengendali pemerintahan dengan tenang dan baik,” katanya
Bagaimanapun, Anwar berkata akan terus menyuarakan aspirasi dan hasrat hati nurani rakyat.

SUMBER : MKINI

sumber : krengkukeng

Sumber : Sayap Hitam Dot Com.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post