Amboi Cik B, walaupun di usia muda sudah pandai menguruskan wang perbelanjaan diberikan ibunya iaitu jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida.
"Walaupun Biasa Lihat Duit Berjuta, Cik B Minta RM20 Saja Untuk Belanja" - DSV |
Namun, menurut Datuk Seri Vida (DSV), anaknya itu walaupun tahu ibunya memilikinya wang yang banyak sehingga digelar jutawan, tidak pernah meminta wang yang berlebih-lebih daripada ibunya.
ARTIKEL MENARIK: Netizen Anggap Uqasha Terima Balasan Di Dunia Kerana Dosa Lampau
A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on May 6, 2018 at 9:09am PDT
“Cik B ni walaupun sudah biasa melihat duit berjuta di depan mata, dia hanya minta RM20 daripada saya. Itupun sekiranya ada baki, Cik B akan pulangkan semula kepada saya,“ jelas DSV dalam video berkenaan.
Nampaknya, Cik B tidak menyalahgunakan kekayaan dimiliki ibunya. Menurut DSV lagi, dia hanya mengeluarkan wang apabila membeli barangan mahal dan berjenama sahaja.
“Semasa membeli barangan mahal, saya yang akan beli. Sekiranya barangan berkaitan ‘games’ dan ingin dapatkan 'topup', Cik B rela membuat 'review' di akaun Instagram miliknya,” ujar DSV.
Wow, kelihatan amat berkesan hasil didikan DSV pada anaknya. Cik B dilihat tidak menggunakan kemewahan untuk kepentingan dirinya, malah sudah pandai berdikari mencari pendapatan sendiri. Tahniah diucapkan.
Sementara itu, Cik B juga kelihatan tidak kekok di media sosial dan berkeyakinan tinggi. Mungkin bakal mengikut jejak langkah ibunya. Apa pendapat anda?
Sumber: CARI forum
Post a Comment