PETALING JAYA: Sewaktu petisyen untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel mendapat sambutan ramai, anaknya tampil menjelaskan bahawa bapanya tidak mengharapkan sebarang ganjaran atas segala usahanya.
[VIDEO] Calon Hadiah Nobel? Ini respond win Tun Mahathir |
“Tiada apa nak ditambah, bapa saya cakap dia tidak layak untuk menerima penghargaan seperti itu,” ujar Datin Paduka Marina Mahathir.
Petisyen hasil usaha Alexandria Abishegam di Change.org pada Sabtu menerima 40,525 tandantangan sehingga 7 petang, Ahad.
ARTIKEL MENARIK: Ini Yang Bakal Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terima jika beliau masih enggan meletak jawatan…
Menurut petisyen itu, kemenangan Pakatan Harapan yang diketuai Dr Mahathir dalam menewaskan Barisan Nasional selepas memegang tampuk pemerintahan selama 60 tahun bukan sahaja mencatat sejarah malah membuka dimensi yang dikenali sebagai Malaysia Baru.
Menerusi petisyen itu, Dr Mahathir digambarkan seperti Nelson Mandela versi Malaysia.
“Dr Mahathir juga secara terbuka mengaku silapnya dan memohon maaf lantas menjadikan dia sebagai ‘Giant of a Man’ dan pemimpin yang patut dicontohi,” ujar petisyen itu.
Petisyen itu juga berhasrat memberi pengiktirafan atas kesungguhun figura berusia 93 tahun itu yang mengetepikan pegangan politik dan bekerjasama dengan bekas lawannya demi menyelamatkan negara.
Ia turut meraikan pertukaran tampuk kuasa yang berlaku secara aman yang mana Dr Mahathir mengakui tidak mahu membalas dendam terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Antara pemimpin yang pernah menerima anugerah itu ialah bekas presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama (2009) atas usahanya mengukuhkan diplomasi antarabangsa dan presiden Colombia, Juan Manuel Santos Calderon (2016) kerana berjaya mengakhiri perang sivil 50 tahun negara itu.
Tahun lalu, kempen antarabangsa untuk menghapuskan senjata nuklear yang diasaskan oleh Datuk Dr Ronald McCoy turut menerima anugerah itu.
Menurut Yayasan Nobel, individu yang layak menerima Hadiah Keamanan Nobel mestilah dicalonkan oleh pencalon yang berkelayakan.
Pencalon mestilah terdiri daripada kategori seperti ahli kerajaan, ahli Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hauge, profesor universiti, pemenang Nobel terdahulu ataupun jawatankuasa Nobel Norwegian
Apakah reaksi Tun Dr Mahathir apabila ada usaha menamakannya sebagai calon untuk Anugeral Nobel?
Ditanya media pada hujung sidang akhbarnya di Petaling Jaya, perdana menteri itu memberikan jawapan yang ringkas dan spontan.”Nobel Prize winner? I am not so noble (Menang anugerah Nobel? Saya tak begitu mulia),” katanya.Satu kempen dalam talian dilancarkan pada 26 Mei untuk menamakan perdana menteri ketujuh Malaysia itu sebagai calon anugerah Nobel yang dianggap berprestij di dunia.Selepas dimulakan petisyen berkenaan menarik sokongan kira-kira 26,300 penandatangan.Petisyen tersebut dikatakan dibuat sebagai usaha untuk mengiktiraf usaha Dr Mahathir menyelamatkan Malaysia.
VIDEO:
Sumber - media2060
Post a Comment