'Tun Mahathir Sekarang Amat Berbeza Dari Yang Dulu' - Netizen

'Tun Mahathir Sekarang Amat Berbeza Dari Yang Dulu' - Netizen

Kembalinya Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir Kerajaan Pusat menimbulkan pelbagai reaksi umum. Boleh dikatakan, kemenangan Pakatan Harapan (PH) kali ini disebabkan oleh aura Tun Dr Mahathir dan kepercayaan rakyat terhadap beliau yang sebelum ini pernah memimpin Malaysia selama 22 tahun berjaya mengangkat imej negara ini di mata dunia.

'Tun Mahathir Sekarang Amat Berbeza Dari Yang Dulu' - Netizen
'Tun Mahathir Sekarang Amat Berbeza Dari Yang Dulu' - Netizen
Dari sudut pandangan anak muda bernama Mohammed Mohammed Ramzie ini, beliau juga meluahkan rasa kagum terhadap perubahan Ahli Parlimen Langkawi itu yang sanggup meninggalkan parti lamanya demi satu misi iaitu menyelamatkan Malaysia dari terus dibelenggu dengan masalah hutang dan penyelewengan.

AKHLAK BARU TUN BERBEZA DARI YANG DULU

TADI buka saluran berita TV3, Tun Dr Mahathir berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan pihak polis yang menangkap lelaki yang menghinanya. Dr Mahathir berkata,

ARTIKEL MENARIK: Tunjuk mana anggota polis makan coklat dan kami akan ambil tindakan - Amar Singh


"Biarlah mereka mengkritik, saya tak mahu guna kuasa saya buat pada mereka macam tu. Sesiapa pun boleh mengkritik saya, akhbar Harakah atau akhbar bebas apa pun mereka ada hak dan saya tak mahu halang media untuk menahan apa-apa luahan dari perlbagai parti punya kritikan terhadap saya."


Ini macam sunnah Rasulullah. Orang balas dengan kekasaran, Nabi balas dengan kelembutan akhlak yang baik. Musuh yang kasar pun akan menjadi lembut, orang yang membenci akan menjadi sayang.

Ya, Tun. Biar nanti kebenaran dan rakyat yang menilai. Allah kan ada, Allah angkat Tun sekali lagi untuk memimpin bersebab. Allah nak kifarah dosa Tun yang lalu. Allah bagi peluang Tun sampai umur ini pun masih sempat memperbetulkan kesilapan bagi memulihkan Malaysia. Ini adalah perjuangan yang suci bagi orang yang mahu memimpin dengan telus.


Saya anak muda menyokong apa yang baik dari Pakatan Harapan (PH), saya setuju. Saya juga tahu salah silap yang Tun lakukan dahulu, namun kita melihat perubahan Tun sekarang amat berbeza dari yang dulu.

Saya juga mahu mengikuti berita-berita dan the way akhlak Tun handle keadaan dan sesuatu isu, merendah diri dan mahu menerima teguran. Tidak semestinya kita asyik memuji individu PH, kita orang PH. Oh, kalau kita puji kebaikan dan kebenaran yang orang kafir buat, maksud kita orang kafi? Inilah mentaliti segelintir Melayu.

Kebenaran tetap kebenaran, hatta seorang pelacur yang datang menegur kita makan tak baca baca bismillah pun kita wajib menerima teguran kebaikan dan benarkan kebenaran dia. Nabi juga pernah memuji suatu kebaikan yang dilakukan oleh kafir. Nabi siap bagi makan pada kafir itu hari-hari. Baik benar Nabi terhadap si kafir tua.

Jadi, kita nak menilai Nabi orang kafir di sebalik nama Islam? Fikirlah saudaraku, jangan sempitkan dadamu dengan ilmu yang sedemikian. Allah, Allah, Allah, semoga tun diberi kesihatan yang baik dan Allah ampunkan semua dosa Tun sebelum pergi. Amin.

Sumber: Mohammed Mohammed Ramzie via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post