10 Mei - Selepas beberapa jam Pengerusi Barisan Nasional membuat sidang media, giliran Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula membuat sidang media untuk menjelaskan mengapa sehingga kini Malaysia masih belum melantik Perdana Menteri yang baharu.
Tun Mahathir Sahkan Upacara Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia Petang Ini |
Perkara ini menjadi lambat apabila berlaku ketidakfahaman beberapa pihak ke atas perlembagaan negara Malaysia dan sehingga kini Malaysia masih tiada kerajaan yang memerintah.
"Kita perlu tubuhkan kerajaan secepat yang mungkin kerana banyak perkara perlu diselesaikan," tambah Mahathir lagi.
ARTIKEL MENARIK: Azmin Bongkar Punca Pakatan Harapan Menang
Maklumat yang diterima juga, semua ahli parlimen Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah juga telah sebulat suara tandatangan perisytiharan Perdana Menteri Malaysia yang baru.
Menurut Mahathir juga, upacara Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia akan diadakan hari ini pada jam 5 petang di Istana Negara. Tun M sempat berseloroh acara Angkat Sumpah tidak dibuat pagi ini kerana ramai orang masih mengantuk.
Sumber: Siakapkeli
Post a Comment