TUN DAIM TIDAK SEPERTI YANG DISANGKA!: Ini Pendedahan Berani Oleh Aktivis Kanan PPIM berkenaan Tun Daim

TUN DAIM TIDAK SEPERTI YANG DISANGKA!: Ini Pendedahan Berani Oleh Aktivis Kanan PPIM berkenaan Tun Daim

TUN DAIM TIDAK SEPERTI YANG DISANGKA

TUN DAIM TIDAK SEPERTI YANG DISANGKA!: Ini Pendedahan Berani Oleh Aktivis Kanan PPIM berkenaan Tun Daim
TUN DAIM TIDAK SEPERTI YANG DISANGKA!: Ini Pendedahan Berani Oleh Aktivis Kanan PPIM berkenaan Tun Daim
Saya berpeluang bertemu dengan Tun Daim (Tun Daim Zainuddin Fan Club) dalam sesi pertemuan dengan usahawan muda SAHOCA (Sultan Abdul Hamid Old Collegians Association), saya bukan ahli SAHOCA tetapi hadir sebagai jemputan. Pertemuan diadakan di Menara Ilham, KLCC pada 11 April 2018. Menara Ilham antara menara tertinggi dan unik di Malaysia. Jika tidak silap saya, menara tersebut milik beliau.

ARTIKEL MENARIK: Raja Perlis murka: “Saya takut pilih Menteri Besar yang akan menjadi puppet (boneka),”


Saya yakin ramai yang menyangka Tun Daim kaya raya sebab pegang jawatan Menteri Kewangan masa Tun Mahathir (Dr. Mahathir bin Mohamad) menjadi Perdana Menteri Ke-4. Hakikatnya Tun Daim memang dah berjaya sebelum jadi menteri, perlantikan Tun Daim atas pengalaman dan rekod kejayaan beliau.

Sebelum berjumpa dengan Tun Daim, saya dan beberapa rakan beranggapan Tun Daim seorang yang liberal, gaya hidup mewah dan tidak Islamik. Pertemuan dengan Tun dalam 90 minit jadikan saya malu dan rasa berdosa atas prasangka saya. Kata-kata Tun tidak terpisah dengan ajaran Islam, petikan dan sebutan ayat-ayat dari Al-Quran sering diulang-ulang. Dari segi gaya pemakaian, sangat sederhana, dipadankan dengan selipar sahaja.

Saya tanya Tun, “Tun dah banyak duit, kenapa masih perlu cari duit? Apa tujuan terus cari duit?” Jawapan Tun sangat ringkas: “Untuk buat kebajikan”. SubhanAllah… Saya ada tanya beberapa soalan lain dan Tun juga banyak beri nasihat. Saya kurang pasti semua jawapan & nasihat Tun sesuai dikongsi kepada umum atau tidak. Ringkasnya, Tun Daim beri banyak nasihat yang sangat berguna kepada kami.




Tun zahirkan kerisauan pada negara dibawah pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak (Najib Razak). Beliau minta kami buat perubahan pada pada PRU 14 dengan cara mengubah kerajaan. Sebelum PRU 14 Tun Daim aktif turun padang berkempen untuk Pakatan Harapan.

Cuba kita berfikir, Tun Mahathir & Tun Daim, seorang umur 90-an seorang umur 80-an, kenapa 2 “orang tua” yang pada usia sedang menunggu masa dipanggil Illahi, yang kehidupan sudah sangat selesa tanpa gangguan, harta sekeluarga sudah berlebihan yang mungkin bernilai berbillion ringgit merisikokan legasi akhir hayat mereka dengan menentang kerajaan?

Kerajaan yang sudah pasti mencari atau “mencipta” kesalahan penentang mereka. Tak takut ke kena “korek” dan disukarkan segala urusan?? Apa yang mereka mahu? Takkan masih sebab harta? Ternyata kedua-dua Tun ini lebih sayangkan Agama, Bangsa & Negara berbanding perkara lain.

Saya bertanya kepada beberapa individu yang mengenali Tun Daim. Kata mereka Tun Daim orangnya sangat baik, ada yang bercerita dulu kalau Tun balik kampung (dengan kereta besar), dia akan park jauh-jauh supaya tak menunjuk-nunjuk kekayaan beliau. Tun sangat prihatin dan sayang kepada organisasi. Pendek kata Tun Daim jauh dari tanggapan awal saya.

Berbalik kepada nasihat Tun Daim, saya senaraikan antara nasihat beliau yang saya rekodkan untuk panduan kita bersama:
1. Sentiasa yakin kepada Allah, Rasulullah & Al-Quran.
2. Jangan berhenti berfikir, membaca (iqra) & belajar.
3. Utamakan ibu & bapa. Lebih utamakan ibu.
4. Duit tidak penting, yang penting adalah kejayaan.
5. Jangan terlibat dengan rasuah.
6. Belajar dari kegagalan orang yang pernah berjaya.

Saya bersyukur berpeluang berjumpa dengan Tun Daim dan mendengar nasihat-nasihat beliau. Nasihat saya kepada rakan-rakan, jangan pernah ada sedikit pun prasangka kepada sesiapa, jangan sampaikan perkara yang kita tidak pasti dan tahu kesahihannya, jangan buat tindakan hanya demi kepentingan diri, sentiasa berwaspada dan sering muhasabah diri sendiri.

Kepada Tun Daim, saya berdoa semoga Allah menghadiahkan syurga kepada Tun. saya memohon ampun dan maaf atas prasangka buruk saya keatas Tun. Semoga Tun memaafkan kami semua.
Yang benar,
Zharif Johor

Perkongsian oleh Zharif Johor, Aktivis Kanan PPIM berkenaan Tun Daim. Semoga bermanfaat.

sumber: Zharif Johor

page Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Sumber - media2060

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post