‘Tergamak kau cemarkan bulan Ramadhan dengan parody yang hina’ – Da’i Wan tegur Faiz Roslan

‘Tergamak kau cemarkan bulan Ramadhan dengan parody yang hina’ – Da’i Wan tegur Faiz Roslan

Platform media sosial sering digunakan untuk menghiburkan netizen dengan pelbagai aksi parodi yang disiarkan di akaun masing-masing.

‘Tergamak kau cemarkan bulan Ramadhan dengan parody yang hina’ – Da’i Wan tegur Faiz Roslan
‘Tergamak kau cemarkan bulan Ramadhan dengan parody yang hina’ – Da’i Wan tegur Faiz Roslan
Aksi-aksi parodi yang dibuat secara individu atau berkumpulan ini boleh diterima sekiranya tidak melampaui batas adab dan agama.

Sebelum ini, pendakwah bebas, Da’i Wan pernah membuat teguran mengenai video parodi lelaki yang menjadi perempuan. Beliau telah memberikan peringatan bahawa Nabi melaknat lelaki yang meniru gaya perempuan dan memakai pakaian yang menyerupai perempuan dengan sengaja.

ARTIKEL MENARIK: Baru-baru ini, terbongkarnya sejumlah wang 320 juta dalam akaun Ds Zahid Hamidi. Rupanya wang tersebut diperoleh daripada ini, yang buat semua orang ketawa besar selepas dengar kenyataan Tun M ini.




“Merujuk kitab Fathul Bahri: At Tobari yang mengatakan laknat itu bermaksud Haram dan Syeikh Abu Muhammad memberitahu ia adalah dosa besar,” katanya.

Walaupun peringatan itu jelas dan terang disampaikan, tetapi video paradi ini masih juga dibuat. Da’i Wan melalui status di Instagram menyelar video parodi yang dimuatnaik oleh thefaizroslan. Berdasarkan video parodi tersebut, mereka bertiga memakai baju perempuan dan menggayakan aksi menggoda diiringi lagu Lagi Syantik nyanyian Siti Badriah.

Da’i Wan turut kesal kerana di bulan Ramadhan yang mulia ini, mereka sanggup memuat naik video parodi yang hina itu. Beliau juga turut persoalkan hashtag yang digunakan oleh thefaizroslan iaitu #NerakaisBack #MohonKecam. Da’i Wan mengingatkan agar soal neraka tidak dijadikan sebagai mainan kerana kita tidak mampu membayangkan betapa azab dan pedihnya seksaan nanti.

Da’i Wan juga berpesan agar Faiz Roslan membuang segala video parodi yang berkaitan. Jika dia tidak berbuat demikan, dia bertekad akan terus menegur secara terbuka.


Sementara itu, status Da’i Wan telah dibalas oleh thefaizroslan yang meminta Da’i Wan membalas mesej yang disampaikan kepadanya sebelum membuka aibnya.

Kamu muncul semula dengan parody ke 2, siap pakai hashtag #NerakaIsBack #MohonKecam.

Saya dah warning jangan buat lagi, kamu buat lagi. Sekarang kamu perlu berhadapan dengan saya lagi. Saya nak beritahu, dengan penulisan saya, ia boleh jadi viral dan kamu akan rasa kesusahannya nanti. Sbb itu jangan cabar saya menulis lagi untuk kamu. Saya boleh susahkan kamu dengan kuasa viral yang ada pada zaman ini, Faiz.

Now, saya dah tahu. Kamu dan kawan-kawan sama sahaja, tak mahu dengar nasihat, sengaja cari pasal. Sekarang kamu boleh bergembira @thefaizroslan dengan parody yang kamu buat, kamu tak dengar nasihat orang, kamu buat ikut rasa hati, ikut suka kepala kamu sendiri. Sekarang kamu tak nampak kemurkaan Allah lagi, tapi kamu akan nampak kemurkaan manusia pada kamu selepas ini. Tunggu sahajalah.

@thefaizroslan, percayalah. Tiada siapa pun yang suka dengan perbuatan kamu yang sebegini. Kamu nak apa Faiz? Perhatian? Mengapa kamu nakkan perhatian dengan cara begini sedangkan banyak lagi jalan yang tak menghina diri sendiri. Mengapa kamu sia-siakan waktu kamu dengan kerja seperti ini. Hiburan di dunia ini sekejap sahaja Faiz. Jangan jadikan yang sekejap itu ‘Fast track’ ke Neraka, itu tindakan orang yang dungu,
Faiz. seperkara lagi, neraka, jangan sesekali dibuat main, kamu tak akan mampu terbayangkan betapa azab/pedihnya nanti. Terlupakah kamu, yang kamu tak lama hidup di dunia, malaikat kiri kanan mencatat semua amalan kamu, buku amalan akan dihisab. Diserah pada tangan kiri habislah semua rasa seronok yang pernah kamu rasa di dunia.

Bahkan hari ini 1 ramadhan. Tergamak kamu cemarkan hari yang suci ini dengan perbuatan parody kamu yang hina. Come on, have common sense a bit. Tak boleh fikir ke ini bulan Ramadhan?
Kalau kamu tak ‘Delete’, saya tekad akan terus tegur kalian secara terbuka. Saya akan pastikan satu Malaysia khususnya umat Islam kenal kalian, tahu pasal aib kalian dan tegur kalian secara terbuka. Sebab kalian sudah pun melakukan kesalahan secara terbuka bahkan dengan sengaja untuk kali ke 2, maka saya dan barisan addu’at yang lain akan pastikan yang kalian terus ditegur sampai kalian tarik semula perbuatan kalian ini.

Take note that.

via Blog Berita Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post