‘Sungguhpun mereka pakai kereta buruk, tetapi rezeki keluarga mereka tidak sempit’

‘Sungguhpun mereka pakai kereta buruk, tetapi rezeki keluarga mereka tidak sempit’

Dalam hidup ini, usahlah kita menilai orang lain secara luaran kerana rezeki masing-masing berbeza dan begitu juga amalan gaya hidup setiap orang juga berbeza.

‘Sungguhpun mereka pakai kereta buruk, tetapi rezeki keluarga mereka tidak sempit’
‘Sungguhpun mereka pakai kereta buruk, tetapi rezeki keluarga mereka tidak sempit’
Luahan yang dikongsikan oleh wanita ini bukan sahaja memberi pengajaran, tetapi juga patut menjadi contoh kepada kita semua.

Apa yang bagusnya, wanita ini menjadikan apa yang berlaku di depan matanya sebagai pengajaran. Beginilah orang yang berfikir dan sentiasa bermuhasabah diri. Sentiasa mengkaji diri dan menginsafi. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

ARTIKEL MENARIK: ‘Dia Menggigil Kesejukan Dalam Tren, Berkaki Ayam Dan Ada Sekumpulan Perempuan Ketawakan Dia’ - Tindakan Lelaki Ini Bantu Pakcik Itu Buat Netizen Menangis


ASSALAMUALAIKUM admin. Hide FB saya ye. Saya nak kongsi dengan pembaca Kisah Rumah Tangga (KRT) semua. Dalam post baru-baru ini kita ada baca tentang perempuan yang bangga dengan kereta Honda miliknya, kan. Kisah saya pula begini.

Saya seorang surirumah, suami pakai Honda City. Kami ada seorang anak. Kisah yang betul-betul memberi pengajaran kepada saya bermula apabila kami sekeluarga pergi membeli belah di sebuah pasar raya.

Ketika kami baru park kereta, ada sebuah kereta Proton Saga lama park di hadapan kami. Kereta itu memang buruk sangai, sampai saya cakap pada suami,

“Kesian keluarga tu naik kereta buruk saja.”

Dalam kereta Proton Saga itu ada sepasang suami isteri dan seorang anak mereka. Tuhan betul-betul nak tunjuk pada saya jangan pandang rendah pada orang lain.


Dalam pasar raya tersebut, saya terserempak semula dengan keluarga berkenaan di bahagian barangan penjagaan wanita. Si isteri tadi minta izin nak beli perfume, beli itu beli ini. Suami dia kata ambil sahaja. Berbeza dengan saya bila minta dari suami nak beli barang-barang, habis saya dimaki dan dituduh membazir.

Kemudian bila nak buat pembayan di kaunter, sekali lagi terserempak dengan keluarga itu tadi dan saya beratur di belakang mereka. Saya tengok barang-barang yang mereka beli, boleh tahan juga.

Beras Basmathi, susu anak mereka jenama pediasure, lampin pakai buang anak mereka jenama Mamy Poko siap beli sekotak terus, minyak basak beli minyak masak jenama Canola. Harga barangan mereka saja dah dekat RM500.

Saya pula, semurah-murah barang saya beli sebab suami suruh berjimat. Suami saya harap saja pakai Honda City, tetapi bila bab-bab barang keperluan, asyik-asyik cakap tak ada duit.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber

Via SoyaLemon

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post