Susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini, ramai selebriti turut bersama meraikan hari kemenangan pertukaran kerajaan yang selama ini dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).
Setelah Teruk Di Kecam Artis Lalang, Sharnaaz Akhirnya Bukak Mulut. Ini Parti Yang Disokong Sharnaaz |
Enggan melihat rakan-rakan selebritinya dibuli netizen, pelakon Sharnaaz Ahmad, tampil memberi pandangannya mengenai perkara itu melalui Instagramnya semalam.
OKEY ini aku cakap sebab aku tengok banyak sangat orang dok boh artis konon lalang bla.. bla.. bla. Okey macam ni. Sedar tak anda kami ini sebenarnya bekerja untuk stesen televisyen dan radio yang rata-ratanya dipengaruhi kerajaan? Pernah dengar perkataa ‘gam’ atau ‘ban’?
ARTIKEL MENARIK: Penyanyi Zainal Abidin kemalangan
Kami ini freelance, bekerja ikut kontrak yang diberi. Jadi, kebanyakan kami bergantung pada kerajaan dan stesen. Jika kami digam dan ban, siapa nak sara anak bini kami? Netizen?
Aku tak salahkan rakan-rakan artis yang dulu support Barisan Nasional (BN) (yang dahulunya kerajaan tetapi sekarang pembangkang), tapi suara kami kena mute bab politik kalau nak terus bekerja dalam industri.
Jadi, tidak perlulah anda semua di luar sana yang kail baru dalam 2-3 cm nak duga apa yang kami buat. Kami ini dah lali takat komen nak gegar dunia, padahal jumpa depan-depan minta selfie juga.
Kami tak riak brader, kami cuma bekerja untuk seni dan untuk rezeki anak bini. kalau rasa tak suka pada seseorang artis itu, senang saja, unfollow dan blah. Kalau jumpa pun jangan tegur. Tapi insyaAllah aku akan tegur sesiapa yang aku jumpa atas dasar manusia dan umat Islam.
Jadi, akhir kata dari aku yang berasal dari Pulau Pinang dan aku penyokong ‘DAP’ untuk lebih tepat, politik adalah politik dan kita sesama manusia dan umat Islam jangan sesekali bersengketa kerana kita tetap bangsa Malaysia dan aku sebagai beragama Islam
A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad (@sharnaazahmad) on May 11, 2018 at 10:46pm PDT
sumber: thereporter
SUMBER : media2060
Post a Comment