“Semuanya Saya. Dia Duduk Rumah Hisap Rokok & Ambil Anak Sekolah Sahaja” – Ziana Zain Nekad Mohon Cerai

“Semuanya Saya. Dia Duduk Rumah Hisap Rokok & Ambil Anak Sekolah Sahaja” – Ziana Zain Nekad Mohon Cerai

Penyanyi terkenal Ziana Zain mendedahkan kehidupannya dengan suami, Armin Zaharin selama ini ibarat hidup dalam neraka.

“Semuanya Saya. Dia Duduk Rumah Hisap Rokok & Ambil Anak Sekolah Sahaja” – Ziana Zain Nekad Mohon Cerai
“Semuanya Saya. Dia Duduk Rumah Hisap Rokok & Ambil Anak Sekolah Sahaja” – Ziana Zain Nekad Mohon Cerai
Masakan tidak, pelantun lagu Putus Terpaksa itu mendakwa, seawal empat bulan perkahwinan, dia sudah terpaksa menanggung penderaan mental bersendirian.

“Tiada siapa tahu kerana saya diajar ibu bapa agar tidak menceritakan hal rumahtangga,” katanya.

Menurutnya, setiap kali selesai bekerja, dia seolah- olah trauma untuk pulang ke rumah.

“Melihat pagar pun saya dah meraung. Kalau orang lain rumahku syurgaku, tetapi bagi saya dan anak- anak, rumahku, nerakaku,” katanya sambil menangis.

ARTIKEL MENARIK: Dimanakah Dira , Rosyam Nor Dikala Wak Doyok Dan Che Ta Mula Menunjukkan Pusingan Uturn?


Menurut artis berkenaan, dia tidak menyangka penderaan mental dihadapinya itu meleret sehingga perkahwinan mereka berusia 20 tahun.

“Bayangkan bagaimana saya menghadapinya. Tahap kesabaran saya sudah maksima,” katanya.

Ziana juga mendakwa suaminya melemparkan kata-kata kurang sopan di mana sahaja termasuk di tempat awam dan di hadapan keluarga.

“Anak- anak sampai tidak mahu keluar makan bersama Armin kerana malu sekiranya diherdik,” katanya.

Ziana berkata, di usia 50 tahun dia sudah tidak mampu lagi menahan penderitaan itu.

“20 tahun saya berbakti kepadanya. Beri yang terbaik untuk dia. Walaupun bekerja, saya tetap memasak untuknya dan anak- anak.

“Jangan dia cakap saya tidak menjalankan tanggungjawab, tanya diri dia, apa tanggungjawab dia terhadap saya dan keluarga,” katanya.

Menurutnya, anak-anaknya turut menghidapi stress akibat daripada perilaku Armin.

“Salah seorang anak terpaksa mendapat rawatan dan dirujuk ke psikitri selepas menghidapi simptom kemurungan sejak umur 14 tahun,” katanya.


Tambahnya, anak- anak juga mempersoalkan tindakan Armin.

“Mereka (anak-anak) tanya sampai bila terpaksa menanggung dan menyatakan tindakan Armin tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang bergelar suami atau bapa.

“Mereka beritahu saya, Ma don’t died,” katanya menangis.



Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin berkata, sepanjang kehidupan bersama, dia sentiasa mencukupkan keperluan keluarga tanpa pernah mengungkit.

“Saya anggap ini rezeki, namun apabila dia buat saya macam ini, saya tidak akan tunggu lagi,” katanya.

Menurutnya, sejak tidak lagi berkhidmat dengan Malaysia Airlines (MAS) tiga tahun lalu, Armin tidak mempunyai inisiatif untuk mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarga.

“Semuanya saya. Dia duduk rumah hisap rokok dan ambil anak sekolah sahaja,” katanya.



Tambah Ziana, dia tidak percaya dirinya mampu  bersabar sehingga kemuncaknya.

“Saya manusia paling sabar kalau orang lain anak pertama boleh cerai, saya boleh tunggu lagi dengan apa yang dia buat kepada saya,” katanya.



Kata Ziana, ibu dan bapa saudara Armin juga seolah-olah tidak menyangka dengan tahap kesabarannya.

“Kalau mak saudara cakap, kau boleh sabar Rozie? Sabar betul kau Rozie? Jadi maksudnya apa?” katanya kepada media selepas sebutan kes penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini.

Sumber: Astro Awani / Sinar Harian

Foto: Instagram Ziana Zain
Credit : Gempak

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post