Polis merampas sebanyak 72 beg mengandungi wang tunai, barang kemas dan barangan berharga dalam pemeriksaan di satu unit kondominium mewah di Pavilion Residence Apartments, Bukit Bintang di sini, tengah malam tadi.
Selepas dokumen berkaitan 1mdb telah berjaya dirampas, kini, kondominium mewah Ds Najib diselongkar lagi dan apa yang ditemukan pasti buat semua melopong. biar betul, rupanya, banyak lagi yang cuba disembunyikan. |
Bercakap pada sidang di lobi kondominium itu awal pagi ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, berkata pemeriksaan dan rampasan itu berkaitan dengan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
ARTIKEL MENARIK: Sidang Media Yang Paling Menggemparkan Negara Hasil Geledah di Pavillion Residence
Bagaimanapun, jumlah wang tunai dan nilai rampasan di kondominium yang dimiliki individu bergelar Tan Sri,
belum dapat dipastikan kerana masih dalam siasatan, namun mengesahkan jumlahnya besar.
JSJK turut membawa mesin pengira wang dipercayai untuk mengira wang tunai berkenaan.
“Kondominium berkenaan adalah satu daripada enam lokasi pemeriksaan yang dilakukan serentak sejak dua hari lalu,” katanya.
Lokasi lain yang turut diperiksa ialah Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi bekas Perdana Menteri serta empat kediaman persendirian Datuk Seri Najib Razak.
Amar Singh berkata pihaknya turut merampas dokumen berkaitan siasatan 1MDB di Pejabat Perdana Menteri dalam operasi berkenaan.
Katanya, pihaknya melakukan pemeriksaan itu selepas mendapat waran geledah daripada mahkamah.
“Ketika pemeriksaan dilakukan, tiada penghuni di dalam unit kondominium berkenaan,” katanya.
Ditanya siapa Tan Sri yang memiliki unit kondominium itu, Amar Singh berkata: “Saya tidak perlu dedahkan siapa pemiliknya tetapi ia ada kaitan dengan siasatan 1MDB.
“Cukup atau tidak bahan bukti yang dirampas hari ini untuk melakukan pendakwaan, itu akan diberitahu oleh Ketua Polis Negara nanti.”
Amar Singh berkata, siasatan berhubung kes 1MDB masih berjalan, justeru meminta orang ramai dan media tidak membuat spekulasi berhubung tangkapan ke atas mana-mana pihak.
Mengenai dakwaan peguam mewakili Najib, Datuk Harpal Singh Grewal bahawa polis yang membuat pemeriksaan di kediaman Najib di Taman Duta mengambil masa terlalu lama hampir 24 jam hingga mengganggu ketenteraman penghuninya, Amar Singh berkata, pihaknya menjalankan tugas secara profesional.
Terdahulu, lima trak polis digunakan untuk memunggah barangan yang dirampas di kondominium berkenaan mulai jam 12.13 tengah malam tadi.
Video penuh di bawah
Sumber : berita harian/ the reporter
Post a Comment