'Saya menyaksikan banyak kesalahan dibuat mereka, wang dibelanja seperti air bukan untuk kepentingan rakyat' - Anak Rosmah dedah derita hidup yang ditanggung selama ini

'Saya menyaksikan banyak kesalahan dibuat mereka, wang dibelanja seperti air bukan untuk kepentingan rakyat' - Anak Rosmah dedah derita hidup yang ditanggung selama ini

Jari masih berwarna dek dakwat kekal yang dicalit untuk menandakan diri sudah mengundi di PRU14, namun sudah timbul beberapa kisah mengenai kepimpinan terdahulu. Kisah-kisah yang terpendam lama di dalam hati dan hanya menunggu saat untuk didedahkan.

'Saya menyaksikan banyak kesalahan dibuat mereka, wang dibelanja seperti air bukan untuk kepentingan rakyat' - Anak Rosmah dedah derita hidup yang ditanggung selama ini
'Saya menyaksikan banyak kesalahan dibuat mereka, wang dibelanja seperti air bukan untuk kepentingan rakyat' - Anak Rosmah dedah derita hidup yang ditanggung selama ini
PRU14 sudah berakhir, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-7. Mungkin pada fikiran individu berkenaan, inilah masa yang sesuai untuk mendedahkan segala-galanya.

Lapor laman Says.com, wanita dipercayai anak perempuan kepada Rosmah Mansor meluahkan 'rasa' yang sudah lama terpendam melalui laman Instagramnya. Tanpa berselindung, beliau memuat naik gambar pasangan berkenaan.

ARTIKEL MENARIK: “Saya Dikecam & Dicaci Hanya Kerana Saya Seorang Di ‘Barisan Hadapan’ TV3” – Pembaca Berita



1.png

1.png

"HARI ini menandakan berakhirnya era kezaliman yang ramai telah berdoa. Saya dibesarkan oleh kedua-dua individu ini, menyayangi mereka, menghormati mereka. Terdapat masa di mana saya sanggup berjalan di atas bara api dan pertahankan mereka.

"Semakin saya membesar, saya melihat sifat mementingkan diri dan keserakahan antara mereka. Saya mengalami penderaan emosi, fizikal dan mental secara langsung di tangan orang di sebelah kiri (Rosmah). Saya menyaksikan penyalahgunaan sama yang dilakukannya ke atas orang di sebelah kanan (Najib).

"Saya menyaksikan banyak kesalahan, kesepakatan dan jabat tangan kedua-duanya yang dibuat untuk kepentingan kuasa dan untuk memuaskan selera mereka yang begitu tamak.

"Saya menyaksikan tawaran sampingan yang dibuat secara rahsia oleh orang di sebelah kanan (Najib). Jumlah wang dalam beg bimbit dibelanjakan seperti air bukan untuk kepentingan rakyat tetapi dibelanjakan untuk barang kemas, penyuapan pegawai, dan digunakan untuk mendapatkan lebih banyak kuasa.


"Bomoh, ahli sihir, doktor estetik, dan sebagainya berjalan di laluan rumah saya atas sebab yang berlainan, tetapi kebanyakannya untuk mendapat kekuasaan ke atas rakan sebaya mereka dan ahli keluarga mereka, bahkan untuk membahayakan mereka yang berani untuk 'silang' mereka.

"Banyak akaun luar negara dibuka untuk menyalurkan wang ke luar negara demi perbelanjaan peribadi mereka. Peti besi keluli penuh barang kemas, batu permata dan wang tunai yang dipungut. Menjadi keldai untuk membawa wang tunai dan kasut kalung kristal secara senyap-senyap ke dalam dan luar negara ini langsung tidak menyeronokkan.

"Mereka cuba menjual saya berkali-kali untuk berkahwin dengan pembida tertinggi, bahkan orang yang mempunyai kedudukan tertinggi yang akan dapat membantu mereka memperoleh kelebihan politik dan sosial. Keserakahan, keseronokan, dan kebanggaan yang tumbuh dalam setiap langkah yang semakin mendekatkan mereka kepada kedudukan teratas.

"Tidak ada yang dapat menghalang kerakusan mereka namun saya tetap bersama mereka atas dasar kesetiaan. Apabila kerakusan ini kemudiannya menumpukan perhatian kepada saya dan menjadi terlalu berat untuk dipikul, saya memutuskan untuk pergi. Oleh itu, diri saya sendiri dibuang dari keluarga malang ini."

1.png


2.png


3.png


4.png

Bagaimanapun, Azrene mendedahkan postnya itu telah dibuang oleh pihak Instagram atas alasan melanggar polisi laman berkenaan. Azrene juga terkejut dengan tindakan yang tidak wajar itu dan menyatakan ada pihak yang takut dengan kebenaran yang didedahkannya itu.

Suami Azrene, Dato' Fazley Yaakob turut memuat naik luahannya dengan mesej yang hampir sama di Instagram menceritakan bagaimana dia sendiri terkejut dengan sikap sebenar pasangan berkenaan. Malah mereka juga ditindas, ditutup punca rezeki. 

"SYUKUR Alhamdulilah, Allah Maha Besar, tak sia-sia akhirnya perjuangan arwah ayah saya dari hari pertama, bersama2 Tun Mahathir dan barisan pemimpin kanan beliau, untuk membuat perubahan demi negara tercinta. Kepada rakyat malaysia, tahniah kerana kita sama2 melaksanakan perubahan ini

"Arwah ayah saya Datuk Hj Yaakob Mohammad adalah antara pelopor utama memulakan perubahan ini bersama YABhg Tun Mahathir Mohammad, Namun sayangnya beliau pergi lebih awal di kala beliau sedang sibuk turun naik bersama saya ke office Tun Mahathir. Pemergian arwah begitu mengejut tanpa sebarang masalah kesihatan dan amat misterius buat kami sekeluarga, juga sahabat handai. ‘Si Polan’ mencuba pelbagai cara untuk memastikan arwah ayah saya tidak dapat melaksanakan perjuangan beliau bersama Tun

"Pelbagai halangan dan gangguan di laksanakan agar arwah ayah saya tak mampu melaksanakan tugasan2 penting beliau berjuang demi perubahan. Malahan saya dan isteri sering menjadi mangsa kekejaman si polan tanpa ada belas kasihan, namun kami sekeluarga terus tabah memperjuangkan kebenaran. Arwah ayah saya sentiasa memberi kata2 semangat, “Fazley and Azrene, Yakinlah, Allah akan sentiasa berlaku adil, masanya akan tiba, Perjuangan kita belum selesai, perubahan harus di laksanakan

"Teringat kisah arwah ayah saya di panggil Tun Mahathir ketika arwah ayah masih lagi menjadi Pengarah JPJ Wilayah perseketuan, “Kob, can you help me manage this issue since the system that you implement in JPJ works so well?” Parti UMNO telah ‘deregister’ dan menjadi parti Haram kerana senarai ahli tidak dikemas kini dengan strategik

"Dalam tempoh 24 jam arwah ayah saya meninggalkan tugasnya sebagai PTD officer dan bertugas sebagai Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Mulai saat itu setiapkali pilihanraya, saya sentiasa bersama arwah ayah membantu melaksanakan tugas2 pentadbiran dan perlaksanaan sistem keahlian. Pada ketika itu, setiap kali melihat kelibat si polan, ada juga timbul rasa kagum, namun sayangnya rasa kagum itu tidak bertahan

"Nak tahu kenapa?"

5.png

6.png

7.png

Pendedahan pasangan ini menimbulkan pelbagai reaksi netizen di media sosial. Ada yang terkejut, terkedu, tidak kurang juga mempertikaikan tindakan Azrene yang dianggap mengaibkan ibunya sendiri. 

Sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata kepada media bahawa Najib akan diheret ke muka pengadilan jika pihaknya menemui bukti Presiden UMNO itu melakukan kesalahan dan akan dikenakan hukuman mengikut undang-undang.

via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post