Saya Bukan ‘Lalang’ Tetapi Dihalang Daripada Berbuat Demikian-Che Ta

Saya Bukan ‘Lalang’ Tetapi Dihalang Daripada Berbuat Demikian-Che Ta

SEJARAH telah berlaku dalam kepimpinan negara apabila buat kali pertama parti Barisan Nasional tidak lagi menerajui negara.

Saya Bukan ‘Lalang’ Tetapi Dihalang Daripada Berbuat Demikian-Che Ta
Saya Bukan ‘Lalang’ Tetapi Dihalang Daripada Berbuat Demikian-Che Ta

Malah buat pertama kali juga Tun Dr Mahathir dipilih sebagai Perdana Menteri buat kali kedua pada usia 93 tahun.

Kuasa rakyat tidak ada siapa boleh nafikan. Mereka mahukan perubahan setelah sekian lama.

ARTIKEL MENARIK: ‘Orang Yang Saya Kagumi Rupanya Berhati Syaitan Dan Berajakan Nafsu’ – Akhirnya Fazley Yaakob Berani Buka Mulut!





Perubahan ini bukan sahaja disambut penuh gembira oleh rakyat biasa tetapi juga para artis dan selebriti.

Ini dapat dilihat apabila mereka berkongsi gambar dan tanda sokongan kepada Tun Dr Mahathir.

Namun segelintir netizen mempersoalkan niat mereka kerana sebelum ini tidak ramai artis yang berani bersuara atau menujukkan tanda sokongan kepada Perdana Menteri ke-7 itu.


Bagi menjelaskan hal tersebut, pelakon jelita, Che Ta atau Rozita Che Wan menjelaskan kenapa selama ini mereka bertindak sedemikian.



Menurut Che Ta, dia bukan tidak mahu menunjukkan secara jelas sokongan terhadap Tun Dr Mahathir tetapi telah dihalang oleh pihak pemerintah ketika itu.
“Lama saya simpan gambar ini. Tidak boleh muat naik kerana pihak mereka (pemerintah) akan kacau dan arah untuk memadamkannya. Bukan sahaja letak gambar Tun malah ucapan hari jadi kepada beliau pun tidak boleh.

“Muat naik  surat Tun ucapkan terima kasih sebab ‘wish birthday’ kepadanya pun tidak boleh. Saya tidak boleh secara terang-terangan sokong pembangkang (sebelum ini).

“Mereka ada kuasa dan dapat buat apa sahaja. Saya banyak tanggungan. Takut kalau perniagaan kena ganggu, muka kena ‘banned’ daripada keluar tv, susah juga nak cari makan,” tulisnya.


Sementara itu, Che Ta juga melahirkan rasa kagum dengan rakan artis yang berani bersuara seperti Fathia Latiff dan Ben Ali.
“Tapi saya respect dengan rakan saya @bena1i & @fatiyalatiff yang begitu setia dan tak peduli apabila kena ‘kacau’ dengan orang ‘atasan’ apabila mereka dengan terang-terangan menyokong Tun. Sesungguhnya betapa mulia jiwa mereka yang sabar dan setia,” katanya yang tidak kisah kalau ada pihak yang mahu melabelkannya sebagai ‘lalang’.
Semoga dengan penjelasan ini, orang ramai dapat memahami kenapa para artis tidak secara terang-terangan menzahirkan sokongan mereka kepada Tun Dr Mahathir sebelum ini. –KLICK.MY



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post