Top Ad 728x90

Thursday, 17 May 2018

Nazim Othman, Bella Dally umum sudah bercerai

loading...

“Saya dan Bella sudah bercerai,” kata pelakon Nazim Othman sekali gus merungkai teka-teki mengenai status hubungan dengan isteri, Bella Dally.

Nazim Othman, Bella Dally umum sudah bercerai
Nazim Othman, Bella Dally umum sudah bercerai

Nazim, 34, dengan berat mengesahkan perkara itu selepas tidak mampu menyimpan rahsia daripada orang sekeliling.

Nazim juga berterima kasih atas doa yang diberikan baik daripada keluarga mahupun rakan.

“Saya dengan berat hati dan dukacita ingin memaklumkan bahawa, di atas persetujuan bersama perkahwinan saya dan Bella sudah berakhir.

ARTIKEL MENARIK: Selebriti, VIP, usahawan Mengaku Mereka diugut sewaktu PRU14




“Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih atas doa-doa yang baik untuk kami selama ini.

“Sesungguhnya segala keindahan itu datang dari Allah dan semua kekurangan hadir atas kekhilafan kami sebagai manusia biasa. Allah maha mengetahui atas segala sesuatu, maha pengampun lagi maha penyayang,” tulisnya di Instagram.

Menurut sumber, pasangan itu bercerai awal bulan ini di Kota Kinabalu, Sabah.


Nazim dan Bella berkahwin pada September 2016 dan belum dikurniakan cahaya mata.








via Blog Berita Online

-----------------------------------------------------------------
loading...

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90