Najib Akhirnya Respond Kepada 3 Soalan Maut Kementerian Kewangan

Najib Akhirnya Respond Kepada 3 Soalan Maut Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) pada Ahad membangkitkan lebih banyak persoalan mengenai pelaburan bernilai AS$8.33 bilion yang dibuat oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) antara 2009 dan 2013, dan meminta bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab ke atas beberapa transaksi tersebut.

Najib Akhirnya Respond Kepada 3 Soalan Maut Kementerian Kewangan
Najib Akhirnya Respond Kepada 3 Soalan Maut Kementerian Kewangan
Kredit The Star
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, daripada terus membahaskan sama ada pembayaran 1MDB sebanyak RM6.98 bilion itu sebagai penyelamat oleh MoF, adalah ‘lebih produktif” jika Najib menjawab beberapa persoalan baharu.

Dalam kenyataannya pada Ahad, beliau bertanya tiga soalan:

1. Di manakah sejumlah AS$1.83 bilion yang dilaburkan dengan Petrosaudi International Ltd antara tahun 2009 hingga 2011?

2. Di manakah sebanyak AS$3.5 bilion yang dikumpul pada 2012 untuk tujuan memperoleh loji janakuasa di Malaysia?

3. Di manakah sejumlah AS$3 bilion yang dikumpul pada 2013 untuk melabur di Tun Razak Exchange (TRX)?

ARTIKEL MENARIK: TERKINI! Ini Sebab Mengapa POLIS Daerah Dang Wangi, hari ini mengambil keterangan anak perempuan Najib Razak, Najwa


Mengenai RM6.98 bilion yang dibayar oleh MoF bagi pihak 1MDB, Guan Eng berkata, pembayaran dibuat berhubung pinjaman yang tidak berkaitan sama sekali dengan projek hartanahnya 1MDB, termasuk Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

Ia sebaliknya dibuat untuk membayar faedah kupon tiga terbitan bon-bon 10 tahun bernilai AS$3.5 bilion yang diterbitkan pada Mei dan Oktober 2012, bon 30 tahun berjumlah RM5 bilion yang diterbitkan pada 2009, dan bon 10 tahun bernilai AS$3 bilion diterbitkan pada Mac 2013 – dan membayar pendahuluan AS$1.2 bilion daripada International Petroleum Investment Corp (IPIC) Abu Dhabi.

Bon bernilai AS$3.5 bilion bertujuan untuk memperoleh aset loji janakuasa. Walaupun aset tersebut telah dilupuskan dan hasilnya telah digunakan sepenuhnya, bon masih tertunggak.

Bon RM5 bilion digunakan terutama untuk pelaburan 1MDB yang gagal dengan PetroSaudi International.

Bagi bon bernilai AS$3 bilion, ia bertujuan untuk membiayai pembangunan TRX, namun Ketua Audit Negara melaporkan dana yang dikumpul itu tidak digunakan untuk tujuan berkenaan.


Pembayaran itu juga dibuat untuk membayar sepenuhnya pendahuluan AS$1.2 bilion daripada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) Abu Dhabi (IPIC) dengan pendahuluan dibuat pada April 2015 untuk membayar balik pinjaman AS$975 juta daripada konsortium yang diketuai oleh Deutsche Bank, katanya.

“Oleh itu, mengapa pulangan daripada projek-projek hartanah, tanah yang pada asalnya diperoleh murah daripada kerajaan, digunakan untuk membayar segala hutang 1MDB yang lain?,” katanya.

“Berdasarkan semua fakta dan angka ini, tidak ada penerangan lain ke atas pembayaran RM6.98 bilion oleh MoF bagi pihak 1MDB setakat ini, selain menggambarkannya sebagai penyelamatan tunggal terbesar dalam sejarah oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Guan Eng berkata, MoF akan bekerja rapat dengan Jawatankuasa Khas 1MDB yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bagi memperoleh kebenaran sepenuhnya mengenai MDB untuk mendapatkan semula sebahagian besar dana yang hilang dan dicuri, untuk menampung hutang dan defisit yang diwujudkan oleh pentadbiran Najib.

Kredit Independent

Pendedahan itu juga akan membantu kerajaan menghukum mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal rasuah terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, katanya. – Bernama

Video Player


Sumber : mstar

NAJIB TIDAK PERLU JAWAB LIM

lim guan eng


Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah dinasihatkan bahawa tidak wajar menjawab soalan-soalan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai 1MDB kerana pihak berkuasa menyatakan siasatan masih dijalankan.

Dalam kenyataan dua perenggan hari ini, bekas perdana menteri itu berkata dalam konteks yang terhad ini, beliau tidak nampak apa-apa faedah untuk melibatkan diri dalam wacana umum dengan Lim mengenai isu tersebut.

“Saya akan – apabila dan jika perlu – membincangkan hal itu pada forum yang berkenaan,” kata beliau merujuk kepada kenyataan Lim yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan semalam.

Dalam kenyataan itu, Lim berkata Najib selaku bekas menteri kewangan harus bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab terhadap skandal 1MDB.

Beliau juga membangkitkan banyak soalan mengenai pelaburan bernlai AS$8.33 bilion (AS$1 = RM3.98) yang dibuat oleh 1MDB antara 2009 dan 2013.

Lim juga meminta bekas perdana menteri itu menjelaskan berhubung beberapa transaksi yang telah dibuat.

sumber - media2040

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post