Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau tidak faham perkataan “derhaka” dan “murka” yang dikaitkan dengan dirinya.
“Murka? Bagaimana pula rakyat yang marah” Pendirian terbaru Shahidan Kassim Ini Sangat Menakutkan |
“Kita jangan mengindahkan bahasa untuk menakutkan rakyat. Kenapa menakutkan rakyat dengan perkataan yang kita tidak faham,” katanya.
Dalam tulisan di Facebook, Shahidan berkata beliau tidak derhaka dan tidak mengganggu orang lain.
ARTIKEL MENARIK: Tahniah, umum hutang RM 1 trilion takutkan pelabur – Najib
Beliau membayangkan tindakan tidak boleh diambil padanya, sama seperti kes kritikan oran ramai terhadap Tunku Mahkota Johor sebelum ini.
“Kalau sekiranya pihak berkuasa ingin mengambil tindakan apa yang berlaku sekarang, bolehkah mereka menangkap beratus ribu orang yang mengkritik TMJ kerana menghina TMJ?” soalnya.
Shahidan berkata beliau telah berjanji kepada orang Perlis untuk memperjuangkan hak demokrasi yang parti yang memenangi pilihan raya mestilah boleh memerintah.
“Doakan saya supaya sembuh kembali untuk memperjuangkan hak amanah orang Perlis supaya masalah seperti ini tidak berulang.
“Haruslah di ingat masa depan Perlis dan rakyat Malaysia adalah bergantung kepada apa yang diperjuangkan sekarang.
“Tidak bermakna pilihan raya jika parti yang menang tidak dapat mencadangkan menteri besar mereka. Saya memohon maaf kepada semua pihak,” katanya.
sumber: malaysiakini
Mufti Perlis cadangkan adakan pilihan raya semula
Datuk Dr. Asri Zainul Abidin
Datuk Dr. Asri Zainul Abidin
Katanya, dengan cara tersebut, dapatlah rakyat memilih wajah-wajah baharu yang daripada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya nanti.
“Mana-mana jaguh yang ada kualiti tapi telah terkalah di tempat lain, mungkin boleh datang bertanding di Perlis.
“Ada 15 kerusi untuk direbut. Maka, Perlis boleh dapat calon-calon terbaik. Di samping, isu-isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan yang sewaktu dengannya, mungkin boleh menjadi panduan rakyat Perlis untuk membuat penilaian semula,” katanya.
Semalam Barisan Nasional (BN) Perlis memecat Datuk Seri Azlan Man sejurus selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu dilantik sebagai Menteri Besar.
Terdahulu, sembilan ADUN BN tidak menghadirkan diri ke majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Menandatangani Watikah Menteri Besar di Istana Arau, Perlis sehingga mengundang kemurkaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Tindakan boikot tersebut berlaku dipercayai kerana Tuanku Syed Sirajuddin tidak melantik ADUN Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim ekoran risau Menteri Besar yang dicadangkan akan menjadi boneka dan dikawal oleh kuasa luar.- UTUSAN ONLINE
Kredit - Media 2040
Post a Comment