Konflik rumah tangga penyanyi bersuara lantang Ziana Zain memuncak apabila suaminya Armin Zaharin didakwa mencederakan anak mereka sehingga lebam menggunakan rotan, Februari lalu.
KENAPA SELAMA INI ZZ BERDIAM DIRI.. Sedihnya Baca Luahan Hati Ziana Zain. |
Tidak berapa lama kemudian, penyanyi itu memfailkan tuntutan cerai terhadap Armin, setelah 20 tahun hidup bersama.
Lihat pagar pun meraung
ARTIKEL MENARIK: Tak cukup dengan ugutan pru, suami umie aida juga pernah ditahan najib kerana lantang mendesak siasatan 1mdb ke atasnya. Ini perkongsian umie mengenai pengalaman pahitnya yang nitizen tertungu-tunggu.
Menurut Ziana, kehidupan dia suami isteri tidak ubah seperti hidup di neraka. Apa yang mengejutkan, seawal bulan keempat berkahwin, dia menanggung derita apabila didera secara mental oleh suaminya itu. Namun, tiada siapa yang tahu mengenainya kerana dia lebih selesa mengunci mulut.
Tiada siapa yang tahu kerana saya diajar ibu bapa untuk merahsiakan hal rumah tangga.
Melihat pagar pun saya dah meraung. Kalau orang lain rumahku syurgaku, tetapi bagi saya dan anak- anak, rumahku nerakaku.
20 tahun berbakti
Tambah Ziana lagi, dia sudah lama bersabar namun tahap kesabarannya sudah mencapai tahap tertinggi. Malahan, menurutnya, kerana sikap Armin yang akan melemparkan kata-kata tidak sopan di tempat awam menyebabkan anak-anak segan makan di luar.
Bayangkan bagaimana saya menghadapinya. Tahap kesabaran saya sudah maksima. Anak-anak sampai tidak mahu keluar makan bersama Armin kerana malu sekiranya diherdik.
Ujarnya lagi, sebagai isteri, lebih 20 tahun dia berkhidmat untuk suami dan anak-anak. Jadi, dia meminta suaminya itu untuk merenung kembali apakah lelaki itu benar-benar menunaikan tanggungjawab kepada keluarga mereka.
20 tahun saya berbakti kepadanya. Beri yang terbaik untuk dia. Walaupun bekerja, saya tetap memasak untuknya dan anak- anak.
Jangan dia cakap saya tidak menjalankan tanggungjawab, tanya diri dia, apa tanggungjawab dia terhadap saya dan keluarga.
Anak alami kemurungan
Angkara Armin juga, salah seorang anak mereka dilanda kemurungan dan perlu mendapatkan rawatan pakar. Mereka juga bertanya sampai bila perlu menanggung derita sebegitu dan mengatakan bapa mereka tidak sepatutnya berbuat demikian. Tambah memeritkan, mereka berharap Ziana tidak ‘pergi’ dulu sebelum mereka.
Salah seorang anak terpaksa mendapat rawatan dan dirujuk ke psikiatri selepas menghidapi simptom kemurungan sejak umur 14 tahun.
Mereka (anak-anak) tanya sampai bila terpaksa menanggung dan menyatakan tindakan Armin tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang bergelar suami atau bapa.
Mereka beritahu saya, Ma don’t die.
Sumber: Sinar Harian
SUMBER : jarigebu
Post a Comment