Kemalangan Punca Pelakon Wanita Popular Kantoi Dadah..Mempunyai Lebih 2.8 Juta Pengikut Di Instagram

Kemalangan Punca Pelakon Wanita Popular Kantoi Dadah..Mempunyai Lebih 2.8 Juta Pengikut Di Instagram

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon wanita popular ditahan selepas polis menemui enam bungkusan kertas aluminium berisi 53 pil eramin 5 dalam beg tangannya, hari ini.

Kemalangan Punca Pelakon Wanita Popular Kantoi Dadah..Mempunyai Lebih 2.8 Juta Pengikut Di Instagram
Kemalangan Punca Pelakon Wanita Popular Kantoi Dadah..Mempunyai Lebih 2.8 Juta Pengikut Di Instagram
Menurut sumber, dadah terbabit ditemui selepas pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail untuk pemeriksaan lanjut.

"Sebelum pemilikan dadah itu terbongkar, kenderaan mewah jenis Range Rover dipandunya terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda BRV dekat Jalan Burhanuddin Helmi di sini, kira-kira 11.45 pagi,

ARTIKEL MENARIK: Pelakon Wanita Popular Khayal Sampai Langgar Kereta?


"Sepasukan anggota polis yang dikejarkan lokasi kemalangan mendapati pelakon terbabit berada dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber berkata, ketika berada di balai, anggota polis wanita yang melakukan pemeriksaan rapi terhadap pelakon berkenaan, menemui 53 pil eramin 5 diianggar seberat 14.74 gram dalam beg tangan miliknya.


"Susulan penemuan itu, kakak kepada dua pelakon popular itu diarah menjalani ujian kencing namun saringan awal yang dijalankan mendapati ia negatif dadah.

"Namun, dia kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya dan akan dihadapkan ke mahkamah majistret esok untuk proses tahanan reman," katanya.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post