Jangan salahkan sesiapa, BN tewas kerana Najib gagal tangani persepsi negatif terhadap diri dan keluarganya' - Pemimpin UMNO

Jangan salahkan sesiapa, BN tewas kerana Najib gagal tangani persepsi negatif terhadap diri dan keluarganya' - Pemimpin UMNO

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed membidas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang gagal mempertahankan kuasa memerintah di Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu.

Jangan salahkan sesiapa, BN tewas kerana Najib gagal tangani persepsi negatif terhadap diri dan keluarganya' - Pemimpin UMNO
Jangan salahkan sesiapa, BN tewas kerana Najib gagal tangani persepsi negatif terhadap diri dan keluarganya' - Pemimpin UMNO
Beliau yang juga bekas timbalan menteri dalam negeri itu berkata, adalah mustahil Najib tidak sedar bahawa Barisan (BN) dan UMNO di ambang kekalahan kerana bekas presiden UMNO itu gagal menangani dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan dirinya dalam isu 1MDB.

"Jangan beritahu saya dia tidak baca media sosial seperti Facebook dan Twitter mengenai isu-isu berhubung diri dan keluarganya? Mustahil.

"Dalam politik, beliau sebagai pemimpin parti sepatutnya mengetahui bahawa semua persepsi negatif terhadap diri dan keluarga beliau akhirnya akan menyebabkan kekalahan UMNO dan BN.

ARTIKEL MENARIK: Ini Puncanya Kenapa Siti Kasim TAK SUKA Dr Maszlee Menjadi Menteri Pendidikan


"Kami tewas kerana persepsi ini, kerana semuanya berkait dengannya," katanya.

Menurut Nur Jazlan, Najib yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun sepatutnya menyedari bahawa populariti UMNO semakin menjunam sejak timbulnya isu 1MDB yang didedahkan pada tahun 2014.

Sementara itu, pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar pula berkata, BN tewas mengejut kerana rakyat mahukan perubahan. Selain itu, sikap BN yang memandang rendah terhadap pengaruh Tun Dr Mahathir, sindrom penafian dan gagal menangkis serangan persepsi menyebabkan BN hanya mampu menang di tiga negeri sahaja.

"Apa yang saya maksudkan ialah, BN tidak boleh salahkan sesiapa. Ini masa untuk muhasabah sebab apa kalah. Ini bukan faktor ekonomi atau fitnah yang menyebabkan keputusan ini.

"Mereka (rakyat) hendak tukar. Saya pernah menulis mengenai gelombang perubahan ini dan ia dirasai tetapi saya tidak faham apabila BN nampak senang hati dan seperti tidak sedar perubahan.

"UMNO juga dilihat memainkan isu peribadi dan kutuk Dr Mahathir. Ini adalah bekas perdana menteri selama 22 tahun. Kalau kata beliau tidak buat apa-apa selama itu, memang orang tidak terima. Banyak orang muda yang hidup pada zaman beliau.


"Sekarang BN sudah hancur lebur, Najib pun sudah letak jawatan. BN akan jadi pembangkang dan perlu tahu peranan sebagai pembangkang," katanya.

Terdahulu, Najib mendakwa BN tewas PRU14 kerana fitnah dan fakta yang mengelirukan daripada Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin juga dilaporkan berkata dirinya menyesal kerana tidak memberitahu Najib bahawa akar umbi menolak UMNO berikutan penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dari UMNO.

Najib kemudian menyalahkan Khairy yang tidak menyampaikan perkara itu kepadanya, sedangkan dia boleh menerima pandangan ahli parti.

Namun kenyataan Najib itu menimbulkan persoalan di kalangan netizen berikutan Muhyiddin dan Shafie yang bersuara mengenai isu 1MDB telah dikenakan tindakan pecat dari parti.

Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post