KUALA LUMPUR – Adun Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim menyifatkan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man sebagai seorang yang tidak boleh ditegur dan tidak boleh menerima pendapat orang lain.
Ini punca mengapa Azlan ditolak jadi MB Perlis Akhirnya Di Dedahkan…Rupa2nya dia seorang yang.. |
Ismail juga mendakwa, rakyat marah kepada Azlan berikutan kegagalannya menjaga kawasan semasa menjadi Adun Pauh sebelum berpindah bertanding ke Bintong pada PRU14 lalu.
“Orang tahu rekod dia di Pauh tak jelas dan mencuba di kawasan baru sekarang. Di bahagian dia gagal, macam mana kita bagi seorang ketua bahagian yang gagal untuk mengetuai negeri.
“Dia tak boleh ditegur, sesiapa yang berurusan dengan dia juga boleh tanya. Dia tak boleh terima pendapat semua orang,” katanya, memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), ketika sidang media, malam tadi.
ARTIKEL MENARIK: Terkini! KWSP suri rumah: 2% dari gaji suami, Rm50 dana kerajaan. sila semak syarat2nya
Berikutan itu, Ismail yang juga adik kepada Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, merafak sembah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail agar mempertimbangkan lapan Adun BN lain, selain dirinya dan Azlan, untuk dilantik sebagai menteri besar.
“Kita merayu sekali lagi kepada Tuanku untuk memberi pertimbangan terakhir kepada kami semua demi Perlis yang kita sayang. Bukan Ismail Kassim, bukan Azlan Man, tetapi lapan Adun BN lain daripada kami.
“Saya tak mahu dikatakan gila kuasa. Saya tak mahu arwah bapa saya dalam kubur tersentak-sentak dengan perbuatan yang tak berhemah di permukaan muka bumi. Saya tak mahu macam itu demi ayah saya,” katanya.
Pagi tadi, Azlan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis seterusnya menubuhkan kerajaan negeri selepas lebih dua minggu PRU14 selesai sejak 9 Mei lalu.
Namun, tindakan sembilan Adun BN yang tidak menghadiri upacara angkat sumpah jawatan menteri besar menyebabkan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka.
Pengerusi BN dan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim kemudianya membuat satu sidang media dan menjelaskan Azlan dipecat serta-merta dari Umno selain mendesak Raja Perlis agar tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri.
‘Perlis contoh kenapa anak muda meluat pada Umno’
Ketua Puteri Umno Malaysia misalnya berpendapat apa yang berlaku di Perlis hari ini akan memberi kesan buruk kepada parti berkenaan.
Menurut Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada umumnya Perlis bukanlah kawasan yang besar berbanding negeri-negeri lain dalam Malaysia.
Kata anggota parlimen Masjid Tanah, Melaka itu dalam keadaan demikian sepatutnya pemimpin dan rakyat Perlis boleh berpakat.
“Negeri sebesar daerah (saja) tapi ada DUN (dewan undangan negeri), MB (menteri besar), ahli parlimen di kalangan Umno dan ada Raja, Perlis sepatutnya sepakat,” katanya melalui Twitter.
Perlis menjadi sebutan hari ini apabila berlaku krisis kepemimpinan ekoran pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar.
Azlan mengangkat sumpah jawatan di depan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Saling rebut kuasa
Namun sembilan daripada anggota dewan undangan negeri (ADUN) Umno tidak hadir di majlis berkenaan, berbanding tiga Pakatan Harapan dan dua PAS.
Perlis mempunyai 15 kerusi DUN dan tiga kerusi parlimen.
Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim kemudian memohon Raja Perlis supaya tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri.
Mengulas tindakan Datuk Seri Azlan Man yang pagi tadi mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar negeri itu, beliau berkata keputusan berkenaan dibuat tanpa mendapat sokongan majoriti ADUN Perlis.
Untuk rekod Shahidan pernah menjadi menteri besar Perlis sebelum dibawa ke parlimen menjadi menteri.
Selepas PRU ke-14 berakhir, Shahidan mencadangkan nama adiknya Datuk Ismail Kassim sebagai calon menteri besar baru negeri itu.
Ismail ialah ADUN Tambun Tulang.
Perlis menjadi negeri terakhir menyaksikan pelantikan menteri besar selepas PRU ke-14.
Mas Ermieyati berkata apa yang berlaku bepunca daripada sikap berebut kuasa.
“Disebabkan sikap berebut kuasa yang tak pernah habis, Perlis sekadar negeri contoh mengapa anak muda meluat dengan Umno. #berubahlah,” ciapnya.
sumber: malaysiakini & media2040
Post a Comment