Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi jaminan tidak akan ada kenaikkan harga barang sebaik sahaja cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikenakan pada kadar sifar berkuatkuasa 1 Jun depan.
Ini amaran Azmin Ali kepada peniaga selepas gst diturunkan kepada kadar sifar |
ARTIKEL MENARIK: TERKINI: Guang Eng Tolak Jadi Menteri Kewangan …
“Dengan terhapusnya GST maka mereka (peniaga) tak lagi dibenarkan menaikkan harga barang dan saya percaya kementerian yang berkenaan akan pantau perkara ini.
“Kementerian terbabit dengan kerjasama pihak Kastam akan pastikan penguatkuasaan akan ditingkatkan supaya tidak akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab ambil kesempatan.
“Tujuan utama HARAPAN menghapuskan GST adalah untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan perkara ini perlu dilaksanakan segera dalam tempoh 100 hari.
“Ia bukan (sekadar) pengumuman saja (tapi juga melibatkan) penguatkuasaan,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama penduduk Gombak, di Taman Melawati, hari ini.
Azmin berkata demikian ketika ditanya mengenai pengalamannya selepas seminggu bertugas sebagai menteri persekutuan.
Insentif penjawat awam
Mengulas lanjut, Azmin berkata beliau kini sedang giat mendapatkan maklumat serta mendengar taklimat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) tentang langkah-langkah yang telah dan akan diambil dalam rangka merancang pembangunan sosio ekonomi dalam negara.
“Pada ketika ini EPU dan pihak kementerian sedang siapkan midterm review yang akan dibentangkan pada September ini.
“Namun mereka hadapi sedikit masalah kerana kerajaan baru dah terbentuk, dan apakah format midterm review, saya dah bawa perkara ini dalam mesyuarat jemaah kabinet dan EPU telah diminta untuk bentang.
“Jadi kajian jangka pertengahan kali ini agak berbeza bukan hanya kita melihat pencapaian Rancangan Malaysia Ke-11 selama dua tahun tetapi kita perlu meletakkan satu sasaran baru berdasarkan janji Pakatan Harapan,” katanya.
Manakala diminta mengulas berhubung insentif Aidilfitri kepada penjawat awam di Selangor, beliau yang juga menteri besar negeri itu berkata perbincangan akan dibuat dengan perbendaharaan negeri sebelum mengumumkan berita baik mengenainya pada perhimpunan bulanan kerajaan negeri itu minggu depan.
“Kita akan bincang dengan perbendaharaan dan kita akan lihat kedudukan kewangan negeri, alhamdulillah kukuh tapi saya perlu mendapatkan maklum balas daripada perbendaharaan sebelum pengumuman dibuat minggu hadapan dalam perhimpunan bulanan dengan perkhidmatan awam,” katanya.
Video: Youtube
SUMBER : MKINI VIA KL VIRAL
Artikel Berkaitan…
BR1M SUDAH BERTUKAR NAMA DAN DISIARKAN DALAM AKAUN TWITTER LIM GUAN ENG TETAPI IANYA BERITA PALSU. NAMA APA YANG DITUKAR
PENERIMA Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijangka menerima bayaran kedua bantuan berkenaan pada awal Jun ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, bantuan terbabit akan diagihkan sebelum sambutan Aidilfitri.
“Seperti mana yang diarahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, BR1M (yang akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri.
“Maklumat lanjut akan diumumkan pada minggu depan,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya @guanenglim, sebentar tadi.
Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan pemberian BR1M yang diteruskan di bawah kerajaan sekarang, namun akan dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang layak menerimanya.
Ketika di bawah pentadbiran kerajaan sebelum ini, agihan BR1M dilakukan secara berperingkat dan kira-kira tujuh juta penerima seluruh negara menerima bantuan fasa pertama pada 26 Februari lalu.
Ketika melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada April lalu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut memperkenalkan dua kategori baharu penerima BR1M sekiranya BN menang.
Berdasarkan janji BN itu, tiga kategori sedia adalah untuk isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 ke bawah, RM4,000 ke bawah dan individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 ditingkatkan kadar bantuan terbabit.
Dua kategori baharu yang diperkenalkan adalah untuk isi rumah berpendapatan RM4,000 hingga RM5,000 bakal menerima RM700.
Selain itu, BN turut berjanji bantuan sekali gus sebanyak RM1,500 diberi kepada anak penerima BR1M yang dapat melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.
Bagi penerima BR1M kategori isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, BN berjanji pemberian BR1M pada Jun dan Ogos sebanyak RM400 dinaikkan kepada RM800 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,000.
Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 pula, pemberian akan digandakan kepada RM600 berbanding RM300 yang diterima ketika ini menjadikan pemberian BR1M (kumpulan itu) pada tahun ini meningkat kepada RM1,000.
Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 pula, penerima bakal mendapat nilai tambahan sebanyak RM150 menjadikan keseluruhannya RM600, berbanding RM450 ketika ini.
Seramai 7.2 juta rakyat Malaysia menerima BR1M dengan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion pada tahun ini.
SUMBER : HMETRO ONLINE
KENYATAAN RASMI MENTERI KEWANGAN LIM GUAN ENG TENTANG BR1M
Sepertimana yg diarahkan oleh Tun @chedetofficial BR1M (yg akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri.Maklumat lanjut akan diumumkan pada minggu depan.— Lim Guan Eng (@guanenglim) May 26, 2018
BERITA PALSU BERKENAAN BR1M TUKAR NAMA
Ketika ini sedang tular di platform sosial terutama WhatsApp mengenai tweet kononnya daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Paparan imej tweet berkenaan mengandungi kenyataan yang menunjukkan seakan Guan Eng mengumumkan penukaran nama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada Bantuan Harapan 1Malaysia (BAHAM).
Proses verifikasi kami mendapati mesej tular berkenaan adalah palsu.Malah Guan Eng tidak membuat sebarang tweet yang melibatkan penukaran nama BR1M.
SUMBER : ASTRO AWANI via KL VIRAL
Sumber : http://kakitular.com
Post a Comment